Wednesday, March 9, 2016

Nasi

Assalamualaikum..

Apa khabar semua?

Sarapan apa pagi tadi? LM belum sempat nak sarapan, tadi baru menyuap dua suap baby ariz dah tarik2 nasi kerabu terus tak berani nak makan takut tertumpah. Biar dia lena baru dapat makan dengan sempurna. Kunyah dengan sempurna agar dapat cerna dengan baik. Cuma sempat makan 4 keping lopes yang dari malam tadi request kat bos besar minta belikan. Nak tido teringin lopes. Owh tidakkkk!!!  Mujur sini ada jual lopes pagi2, nak buat malassss

Kami sarapan nasi kerabu je memandangkan pagi tadi blur tak au nak buat bekal apa untuk anak2. Last2 LM masak nasi putih dalam microwave dan goreng kan dada ayam celup tepung bestari je untuk mereka. Gunting kecik2 ala ayam uncle bob. Janji kenyang... Mereka tak komplen pun.

Lebih bekalkan mereka tadi ada lebih sikit. Plan nak goreng. Tapi LM ikut sama hantar syafiq sebab nak ajak bos besar beli gas, beras dan lain2.. Terlalu banyak barang dapur hampir habis. Nak shopping sendirian memang tidak la. i kan pemalu, ahaksss. Baby ariz makin lasak, otak makin ligat. Bawa ke kedai tangannya dia depangkan. Kemain laju dia capai dan jatuhkan barang. Bahaya betul. 

Sebenarnya agak pelik juga bila bekalkan anak nasi putih. Tapi, dah 5.55pagi. Mana sempat nak tanak nasi lemak bagai. Bekal kan saja lah apa yang mampu. Asalkan halal, bersih dan air tangan ummi cukup la..
www.tips-fb.com

3 comments:

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

nasi pun boleh masak dlm microwave ye...waaaa makin mudah la kerja d dapur

LM said...Reply To This Comment

Buat nasik lemak, pulut kuning mmg selalu dlm tu pun awk. Cepat sket

Mummydearie said...Reply To This Comment

Saya pagi tadi slow talk dengan anak bujang. Tanya kat dia apa yang dia nak untuk bekal makanannya 5 hari seminggu. Sebabnya anak sayakan cerewet. Pagi tadi saya bekalkan popcorn, nugget dan sosej aje sebab dah terlambat bangun. Nampak banyak tapi sikit aje saya letak dalam mangkuk cupcake dalam bekas. Tiba-tiba anak kata tak suka dah makan tu, nak menu lain tapi dia sendiri tak tahu nak bawa apa. Saya pun baru fikir nak bekalkan nasi putih+kicap+ayam goreng jerk esok sebab itu memang favoritenya tapi dia nak mi maggi dengan perencah buat sendiri pulak! Minggu lepas saya bekalkan mi maggi buat sendiri, dia tak makan pulak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...