Sunday, March 27, 2016

Outing

Assalamualaikum.

Dah pukul 1 tengah hari. Fuhhh tercungap-cungap rasanya. 

9.30 pagi lepas menyidai kain berjemaah dengan suami terus ke asrama kakak. Tolong dia angkut pakaian kotor .( bra, towel oun hilang.. adohai bra mahal tu. baru beli dah lesap? sobss) . takpelah, takyah cuci lagi kat asramalah kot? dari barang kecik anak tudung, stokin sampai towel besar yang semuanya bertulis nama pun hilang. botak kepala bapak mu nak beli selalu ! 

10.15 gerak sarapan. Lapar sungguh, ummi makan 11/2 keping roti canai. Mihun habis 3 pinggan kami berempat makan. Memang sedap makanan kedai tu. kedai kampung, hampir tiap minggu makan di sana. Tapi yang bestnya kedai tu guna air bertapis. Minum tanpa was was.. Kedai elok bersih.. Memang makan bersungguh. Anak yang tiga tu makan roti bom juga. 

Lepas sarapan terus ke giant . Kakak sulung dah bising. Katanya tak boleh guna seluar track utk dalam jubah. Wajib guna slack. Maka top up pula seluar slack tiga helai. Melayang lagi ringgit. Sobss. Palazo tak blh? Track pun apa salahnya ye? Dalam jubah. Bukan jubah senteng sampai nampak betis? Haish tak faham.. Kalau harga slack dapat selai 30-40 hengget takpe la juga. Mujur ayah kerja cop duit ye nak? Cakap je nak apa. Gi belakang umah ambik kertas cop je duit sendiri. Grrr. Siap top up cereal dan roti semua tu untuk dia. Petang terus hantar asrama takyah singgah kedai lagi. 

Giant penuh sesak. Org belanja hujung bulan kot? Tu je yg LM jawab bila hubby kehairanan kenapa terlalu sesak. Kami belanja tiap minggu.. Biasanya mmg elak ke sana hujung bulan(time gaji). Malas nak beratur panjang... Tapi dah nak carik slack murah untuk kakak.. Gi la juga. Murah tak murah rm50 gak sehelai. Haishh masih tak faham kenapa perlu slack? Sluar biasa kan boleh? Why? Why?

Balik terus menyidai baju.. Susukan baby.. Sejukkan badan. Nak mula masak sementara ayah mendobi baju kakak dan  keringkan. Alang2 cuci langsir.. 

Dah 15 minit, baby ariz masih belum ada tanda nak lena. Geget tau la... 
www.tips-fb.com

1 comments:

Yana Libra said...Reply To This Comment

macam-macam hal ye..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...