Friday, March 4, 2016

Panas Sungguh

Assalamualaikum

Panas sungguh hari ni . Eh semalam pun panas, kelmarin pun.. Makin teruk ruam kat badan LM ni. Baby ariz lagi la teruk..pipi dia dah macam pakai blusher dah

Kelmarin ngadu dengan suami kata panas sangat sampai baby terjerit2 nangis. Serba tak kena.. Maka terpaksalah on aircond awal, biasanya jam 3-4 petang baru on aircond kat hall tu. 

Kata suami.. Bukak je aircond bilik solat. Bilik tu kan kecik. Cepat sikit sejuknya.

Tapi ... Bini dia banyak jawab.. Kata ada kerja la itu la, ini lah. Takkan nak tergolek macam dugong dalam bilik solat tu. siapa nak buat kerja? Ecehhh ada je jawabnya apadahal nak tengok cerita filipino pukul tiga kat tv tu, pastu sambung sinetron pulak. Haha..

Disebabkan hari ni berganda panasnya, sumbat anak dalam bilik solat, lipat baju pun dalam bilik solat juga. Melasak la budak kenit yang payah nak tido tu dalam bilik kecik tu tanpa ada peluang nak ke dapur, nak ke bilik... Padan muka! 

Lagi padan muka , bila duk bilik solat tak dapat la dia nak makan itu ini nanti kotor karpet jenuh nak cuci. Padan la muka dia( ekeke ummi ketawa jahat) . Dah suap nasik kenyang2 kat dia, bagi ratah ayam goreng pun banyak.. Tu yang dia leka main mainan je tu sedangkan abang dia dah tergolek tido. Dia je yang tak 'pengsan' lagi



Yihaaaa.. Berjaya juga menidurkan si kecik.. Duk taip save , taip lagi save.. Tidur pun dia. Aman kejap!


Musim panas gini best gi pulau atau pantai. Air tak bergelora. Mudah nak tengok ikan, mudah nak beraktiviti. Eh dah kenapa cerita pasal pulau lak ni, adoiaii lari tajuk dah ni. 

Panas gini pokok banyak mati. Kes lupa siram bila sabtu ahad la ni. Huhuhu
www.tips-fb.com

2 comments:

Yana Libra said...Reply To This Comment

kat area sy pun panas..mmg kena gunakan aircond skang ni..

Malinda said...Reply To This Comment

lain macam panas sekarang ni dik...kekadang akak duduk tegak je tak buat2 ape2 tapi badan tetap meleket berpeluh2...fuhhhh!...kalau la berpeluh tu ble kurangkan lemak takpe gak...sanggup akak duk tengah padang sejam dua...hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...