Tuesday, March 22, 2016

Penambahbaikkan

Assalamualaikum..

Day1.

Dah kosongkan hall/ruang tamu utama. 

Last minute incek bos buat keputusan 

1.nak tukar tiles, 

2.tutup laluan ke bilik nombor 3,4 dan 5 . dan pecahkan tembok kiri tu untuk pintu masuk ganti laluan yang dah ditutup. Bahagian yang ditutup tu nak buat stor..

3.tukar pintu sliding ruang tamu utama dan ruang tamu kedua dengan pintu keselamatan. 


Tak pindah kot? 

-Tutup kanvas dan guna dapur, bilik air belakang serta bilik ke dua. 

-bertapa kat bilik kedua sampai projek siap. Jangkaan siap dalam lima -enam hari. 

TAPI!!!

Kalau tak mampu bertahan lari ke hotel gak gamaknya.. Cuma, anak2 balik sekolah keb nak ke sek agama payah la pulak kalau nak pindah randah ke hotel. 

Sobss bertabah la hati!

AWAS!! 
Takyah nak bagi pendapat "tu la.. Nape sebelum masuk umah tak buat sesiap!"

Kalau ada 500-600 ribu dah lama dah buat siap2 supaya tak yah nak hadap benda ni semua. Tapi bila tengok tiles bahagian lain jenis besar tup2 ruang tamu utama jenis kecik hodoh ni sakit pula mata. 


www.tips-fb.com

6 comments:

Diana Rashid said...Reply To This Comment

Bestnya ubah suai rumah...tapi memang pun..kalau ada anak2 kecik ni payah sikit nak buat benda2 gini..macam suami saya kata..nak ubah suai rumah boleh je tapi budak lasak 2 orang ni cemana>boleh ke saya handle..sebab tu dia kata kalau nak buat kena tunggu adik ni besar sikit ..paham yang tu bahaya , tempat tu tak boleh pi, yang tu jangan sentuh..hehehe..nak pi dok hotel memang tak la..hahahah..

Kakzakie Purvit said...Reply To This Comment

Bila sudah ada kemampuan yg cantik pun kita rasa kurang cantik
Kepada yg tak mampu tengok macam ini pun dah lebih dari cantik - biasalah kan lumrah kita kan manusia. Kiranya sebelum raya semua dah boleh disusunatur yg barulah kan..

Kakcik Nur said...Reply To This Comment

Bila ubahsuai rumah dan kita tak pindah memang kena bertabah, hadap habuk sampai nak memasak pun tak boleh... (pengalaman lalu)

Malinda said...Reply To This Comment

alhamdulillah..mesti cantik kalau dah siap nanti...hakak tumpang teruja dik...nanti dah siap amik gambo ye...tak dapat nak bayang camne yg ko bagitau tu...best2 beraya dgn suasana baru...bertabah la dik yg penting rumah ko cantik hokey :)

Yaya Azura said...Reply To This Comment

aik, biasa kat living hall tile besar, yg size 2 kaki ke.
susah nak bergerak LM kalau ade orang lain dalam rumah..dengan anak2 kecil lagi..

Kira Sakura said...Reply To This Comment

kalau buat time cuti sekolah boleh la jugak lari ke hotel hihihi. weekend ni lari la ke hotel kejap kak. buat lepas sesak nafas jap ;D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...