Friday, March 18, 2016

Potong Rambut

Assalamualaikum

Syukur... Sempat juga LM potongkan rambut acha. Rambut dia yang depan dah menutup mata, yang belakang pula dah melepasi bahu. Bila dia pakai tudung nak ke sekolah pasti terkeluar sana sini rambut tang belakang tu. bila duk rumah rambut depan menutup mata dibiar tak pula dia selak ke tepi dah rupa anak terbiar tepi jalan dah rupa dia. Geram je tengok. Sakit mata dan sakit hati tengok selekeh sangat. 

Dapat potonh rambut dia rasa fuhhh lega! Takda la sakit mata lagi. Tak rimas tengok dia selebet serabai tak terurus. Bila kita suruh selak rambut tu dia nangis sedih kena marah, bila di sepit kejap je tahannya. Bila diikat adalah sejam.. Lepas tu dengan ikat rambut hilang. Anak lapan tahun, apalah yang dia tahu?

Tapi ada hati nak rambut panjang cam ummi. Nak paras punggung! Cehh berangan la awak.. Tunggu reti ikat rambut sendiri baru ummi izin berambut panjang. 

Kejam tak ummi?
Musim panas ni kenalah selesakan diri. Kita yang tengok pun rimas... Huhu
www.tips-fb.com

2 comments:

Yaya Azura said...Reply To This Comment

anak perempuan cantik berambut panjang.
kalau pandai urus sendiri mujurlah.

Kira Sakura said...Reply To This Comment

hihihihi tengok bebudak kecik rambut panjang memang Nampak comelllll sgt!!! tapi dah kalau musim panas ni berpeluh memang Nampak rimas. lagi satu kesian dekat dorang kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...