Tuesday, March 8, 2016

Resepi Bubur Ayam Mudah

Assalamualaikum

Resepi Bubur Ayam Mudah.
Bubur ayam.... Permintaan adik ad untuk bekal dan sarapan pagi ni. 

Memandangkan takmo hampakan anak bujang ku sorang ni, gigihla LM masakkan bubur untuk dia.


Ops dalam mangkuk ni LM punya.

Bahan: beras(LM guna beras cap
Rambutan lebih untuk bubur baby ariz)
-kembangkan beras hingga menjadi bubur

Kemudian masukkan bahan tumis dan ayam yang telah dikisar.  Boleh campur carrot yang didadu atau kacang panjang dihiris nipis. Rasakan garam...

Bahan kisar: bawang merah, bawang putih dan halia. Kisar dan tumis di dalam kuali hingga naik bau.

Bubur sedap di makan bersama daun sup dan bawang goreng. Lagi umphh kalau makan dengan sambal kicap. 

Resepi sambal kicap
- cili api dikisar bersama bawang merah dan dicampur kan kicap manis. Kalau tak suka kicap manis blh tukar kpd kicap cair

Nota kaki: bubur ni mudah je nak buat.. Anak2 kecik suka la makan bubur2 ni


www.tips-fb.com

7 comments:

Norhayati Mohd Isa said...Reply To This Comment

Si hero akak pula LM..
Bila demam ajer permintaannya buat kan bubur..
Berbaloi buat sebab makan sampai habis.
2 3 kali bertambah makan kan..

Kakzakie Purvit said...Reply To This Comment

Itu sebab adik Ad mintak
Rumah kakak ni dah seminggu hari-hari kena masak dik
Sebab bapak kakak sejak tak sihat asyik nak makan bubur aje.
Cuma dia nak bubur kosong (tapi kakak letak saleri, titik bawang putih dan garam sikit) Nak makan tabur bawang goreng - suka dia.

LM said...Reply To This Comment

Moga abah cpt sembuh kak. Dh bw blk umah akk ye? Sedap la ye bubur kosong letak saderi bwg putih tu. bau dia wangi..

Yana Libra said...Reply To This Comment

ooo...bwg ngan ayam kisar ye..boleh try..patutla adam susah nk mkn sgt bubur..sbb ayam dia xleh nk telan..huhu

LM said...Reply To This Comment

Hihi kalau demam dorang monyoj je takmo mkn kak..

Muslimah Optimis said...Reply To This Comment

Baby besaq macam MO pun suka makan la. hehe. Fav MO bubur lambuk

Mummydearie said...Reply To This Comment

Hampir setiap hari saya buat bubur ayam, LM. Anak-anak saya suka termasuklah bapak mereka. Senang kerja saya tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...