Saturday, March 5, 2016

Resepi Dan Tutorial Pau Mawar

Assalamualaikum..

Semalam LM share gambar pau mawar yang LM buat untuk minum petang. Maaf tak sempat nak share resepi semalam.. Hari ni baru sempat nak share Resepi Dan Toturial Pau Mawar

Hari ni baru sempat nak taip.. Resepi ni LM dapat di group masak-masak. Tulis situ tuan punya resepi tu nama Jalilalh JJ. Tq sis jalilah sudi share resepi.  Bawah ni gambar LM semalam.. Bukan celok gambar orang ye..

Resepi:

Tepung gandum-5 cawan(LM guna tepung pau)
Shortening-3 sudu besar
Gula pasir-3 sudu besar 
Double action baking powder-2 sudu teh
Garam-1 sudu teh
Mauripan-2 sudu besar(LM guna brand saf)
Air-21/4 cawan 

Caranya: uli hingga elastik. (LM uli 20 minit lebih kurang guna food prosessor)Bentukkan dan sedia dikukus. 


Cara membentuk.
1. Warna kan ikut suka
2.buat 4 keping dan susun bertindih
3.potong dua 
4.letak inti kacang di bahagian kepingan yang paling bawah dan gulung.
5.letak paper cup/daun pisang atau plastik pada bahagian bawah pau

6. Biarkan 10 minit sementara itu panaskan kukus. Bila air dah mendidih terus kukus selama 10 minit(LM kukus 8 minit saja)

Gambat di atas adalah gambar sebelum dan selepas dikukus. 

Tak susah pun nak buat, cuma leceh nak  kena susun selapis demi selapis dan gulung satu persatu. Bila buat ramai2 syok kot? Tapi bila buat seorang diri dan baby ariz merengek bergayut kat kaki ummi, stress oi buat pau ni. 


www.tips-fb.com

2 comments:

mamawana said...Reply To This Comment

Asslm. Sweetie. Cantiknyaaaa....lovely Pau

Yana Libra said...Reply To This Comment

comelnyee...tapiiii..leceh je...huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...