Tuesday, March 1, 2016

Sakit Lengan

Assalamualaikum...

Episod sakit lengan ni bukan baru bermula. Untuk episod sakit kali ni rasanya dah seminggu mengadu sakit, cumanya malas nak jumpa doktor maka ditahankan sakit tu selagi mampu. Rasanya masa baby ariz 4-5 bulan dah pernah sakit lengan kiri ni juga kot? 

Okey... Memang perasan tangan kiri yang akan sakit sebab mendukung baby, mengangkat berat atau apa saja memang LM akan guna tangan kiri. Walau menulis tak kidal tapi tangan kiri memang lebih selesa digunakan dan lebih kuat berbanding kanan.

Selepas incek suami balik dari masjid isya' semalam, terpaksalah pergi jumap doktor. Dah kena bebel sebaldi barulah ready nak pergi klinik. 

I TAK SUKA JUMPA DOKTOR SEBAB TAKUT KENA AMBIK DARAH ... Dah la urat payah nak jumpa:(


Disebabkan kesakitan otot tu asik berulang, lepas seminggu kalau tak baik juga kenalah datang lagi, sebab doktor nak refer ke pakar untuk fisio.. 

Benci dan memang tak suka telan ubat. Tapi demo kesihatan terpaksalah telan juga walau memang tak tertelan. Sobsss

Ada sikit mengurangan sakit tu cuma taklah banyak kurangnya. Mungkin sebab dah melarat atau.. LM kena belajar dukung baby sebelah kanan pula. Kena angkut bakul kain yang berat tu pakai tangan kanan kot pasni? Hurmm.. 

Bila sakit, nak tidur mengiring ke kiri pun tak boleh. Nak susukan baby ariz pun tak boleh sambil baring ke kiri. Nak angkat sebijik pinggan guna tangan kiri pun tak mampu:(

Bila Allah tarik nikmatNya... Siapalah kita untuk mengeluh resah. Alhamdulillah masih mampu meraih nikmatNya yang lain.
www.tips-fb.com

5 comments:

Daddy Ziyyad said...Reply To This Comment

Buat rawatan awal...sebab risau ia akan jadi frozen shoulder..banyak kes patient saya macam ni...tapi selalunya cuma muscle sprain biasa...Betul tu, kena buat physio, tak boleh bergantung kpd painkiller je semata mata

cikel said...Reply To This Comment

Salam..jangan ngelat makan ubat ye..ikot nasihat doktor :)

Yana Libra said...Reply To This Comment

macam teruk sgt je tu..urut mmg tak bleh ye kak?

syira yaya said...Reply To This Comment

semoga cepat sembuh ya :)

Malinda said...Reply To This Comment

moga cepat sembuh dik...makan ubat dan jgn keje berat2 guna tangan kiri ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...