Tuesday, March 22, 2016

Segalanya Serba Sederhana

Assalamualaikum..

Hujan dari pagi buat cuaca sikit mendung namun tak mampu mengurangkan suhu panas. 

Kerja-kerja membuka tiles lama sedang giat di lakukan. Rumah kami beli ni rumah second hand. Masa beli tahun 2012 dulu tu rumah ni dah berusia hampir sepuluh tahun kalau tak silap LM. Memang rumah asal guna tiles saiz satu kaki je.. Bila kami tambah dan ubah suai bilik dan hall serta dapur dulu sebelum  pindah masuk memang dah pasang tiles saiz dua kaki kat bahagian yang ditambah kecuali bahagian hall utama ni. Masa tu tak cukup modal maka diabaikan saja bab tiles tu. 

Rumah kami kat johor pun walau beli dari  pemaju 14 thn lalu pun guna tiles saiz satu kaki ni. Memang kena tukar sendiri la ... Fesyen lama katanya:) tu pun, rumah kat johor tu kami tukar tiles bahagian dapur je. Yang lain dibiar dulu sebab sempat duduk dalam 4 tahun je sebelum pindah terengganu. 

Syafiq sekolah.. Maka duduk dengan baby je takda masalah bila buat hall ni sebab pasang kanvas camni... Kami pindah masuk bilik nombor dua. 





Masuk ikut pintu belakang... Boleh la masak yang simple2 je.. Serba sederhana lah nampaknya. 

Menu ayam halia, kacang buncis campur carrot goreng kicap dan sambal belacan tomato saja. Alhamdulillah menu simple cukup menggembirakan hati bagi tekak cerewet ummi dan ank2 yang payah nak serasi dengan makanan kat luar tu. 

Baby ariz pun takat ni leka main permainan dan buku. Nampak tak berapa boring tanpa tv dan terperuk dalam bilik solat ni. 


Abang apit baru balik dari tadika pun sama terperuk berkunci dalam bilik ni sementara tunggu akak abang balik sekolah tukar baju nak ke sekolah agama. Nampak remeh tapi berapa kali gak mengangkut segala baju sekolah bagai sebab laluan nak ke bilik anak2 terlibat sama . Payah nak lalu berdebu. 

Dulu masa buat kabinet dapur di johor separuh pitam duk dalam bilik masa ank2 kecik. Harapnya baby ariz baik je tak meragam selama enam hari ni. Amin. Dah malam takpe.. Boleh bawa jalan ..tak la panas sangat kat luar tu. 

Tengok suami keluar masuk pun dah nak pitam.. Kita yang duk dalam bilik diam2 ni rasa nak pengsan dengar bunyik dorang buat kerja. Huhuhu..

Takat nak tambah stor, tukar pintu dan tukar tiles je pun. Tapi kecahnya mak aihh.

Bersederhana lah makan.. Bekal anak2, mencuci pun malam je nampaknya 
www.tips-fb.com

3 comments:

Aziela said...Reply To This Comment

Pengorbanan itu sweett...hihihi.

Kira Sakura said...Reply To This Comment

adoiii debu debu yang remeh sikit tu. tapi tula kalau tak berkorban dari sekarang sampai ke sudah la rumah tu macam tu tak boleh nak renovate kan kak.

Yaya Azura said...Reply To This Comment

bertabahlah..
nak tiles cantik tak?
hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...