Alhamdulillah selesai juga majlis bertunang adinda LM sabtu lepas. Lega...
Penat teramat dan rasa stress yang menggunung tinggi. Plan nak buatkan kek atau sesuatu yang canggih sikit tak kesampaian bila keadaan diri tak mampu nak melasak sangat bila tangan kiri sakit bengkak tak boleh angkat tinggi.
LM cuma dapat buatkan cookies red velvet je untuk dulang hantaran dia khamis malam jumaat tu. Gerak dari rumah jam lapan malam. Singgah makan kat alor gajah je.. Tu pun terpaksa makan walau tau anak tak akan makan sangat sebab dah tertido. 11 lebih baru sampai, nak buat sirih junjung dah lewat sangat. Terus zzzzz ... Suami je lah yang beriya sapu dedaun mangga kering kat luar rumah sebelum tido(sebab majlis bertunang buat di rumah kami,dekat je pun dengan umah mak ayah). Bila mak ayah tak sihat rasanya rumah kamilah tempat terbaik nak buat majlis kot.
Bangun pagi mencuci simen belakang laki bini macam buruh asing. Ekeke.. Banyak taik burung busuk betul kalau buka pintu dapur. Laluan belakang amat penting nak keluar masuk bila ada majlis begini. Lepas tu baru lah sempat menggubah buah, coklat dan sirih junjung dengan adik. Tak berbakat pun buat2 berbakat je la.. Bagi yang berbakat dan berpengalaman mudah je setakat nak gubah sirih tu. tapi bagi LM ni? Glurppp.. Telan air liur kami berdua ngadap sirih.LM cuma petih 50 helai je sirih depan rumah sebelum balik , maka kena adjust la bagi cukup.
Tepek sekeping gambar kenangan. Dah mengemas, muka dah macam zombi.. Baru sarung tudung semula snap pic ni sebab lupa nak bergambar adik beradik...Huhu, semua dah lunyai.
Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Tahniah buat makteh, selamat bertunang.. Moga selamat naik pelamin tak lama lagi. Terima kasih sudi jadikan kaklong penasihat tak bergaji. Ehehehe

6 comments:
Alhamdulillah dah selesai majlis bertunang ye LM..
Semoga sampai lah ke jinjang pelamin..
Biasalah kita kakak2 ni..
Cepat benor tukar baju nak buat kerja mengemaskan..
Bila mak-ayah tak sihat sebagai kaklong biasa memang kena ambil tanggungjawab. Alhamdulillah... dah selesai pun.
Alhamdulillah...semoga berpanjangan jodoh mereka hingga ke syurga...
penasihat tak bergaji tak apa lah, hasil memuaskan.. hehe
Assalamualaikum LM. :)
Lama tak singgah blog LM. Rindu. :)
In sha Allah atul akan aktif blog semula.
Tahniah ye buat adinda LM. :)
alhamdulilah selesai dah majlisnya. mujur jugak rumah akak dekat2 situ boleh buat majlis nya dekat situ kan
Post a Comment