Thursday, March 3, 2016

Ulam Raja

Assalamualaikum...

Pagi -pagi lepas sarapan tadi sempatlah intai anak2 pokok ulam raja yang LM semai untuk diberi kepada ayahnda tersayang.

Ulam raja ni baik untuk kesihatan... Dapat  mencuci toksik dan merencatkan pertumbuhan kanser katanya.. Wallahua'lam... Kita hanya berusaha, Allah penyembuh segala penyakit



Dah transfer dalam pasu kecil. Ada enam pokok... Tadi tambah lagi dua pokok. Maka, jumlah semuanya 8 pokok. 

Nanti nak suruh ayah tukar pasu besar yang panjang tu.. LM letak dalam pasu kecil ni supaya mudah nak angkut bawa balik kampung nanti. 

Dengan 8 pokok ni rasanya ayah boleh buat ulam setiap hari.. Kami yang asalnya ada Tiga pokok pun boleh berulam hampir tiap hari sebab pokok ni bila dipetik dia akan bercabang banyak. 

Nota kaki: ayahnda ada tumor otak. Hari tu dah operation tapi waktu pembedahan dijalankan doktor tersentuh pembuluh darah, bila pendarahan berlaku terus doktor berhentikan operation sebab takut mengancam nyawa. ada sikit lagi tumor yang masih 'bertapa' di kepala ayah. Hari tu, pembedahan dibuat melalui lubang hidung sebab dia terletak di tengah2 antara dua mata ayah. 

Doakan ayah LM cepat sembuh ye. 
www.tips-fb.com

5 comments:

DamiaAreesya MikhailaSofea said...Reply To This Comment

moga cepat sembuh...

Yana Libra said...Reply To This Comment

senang ke nk hidup ulam tu? suka gak mkn..mana nk beli eh?

moga ayah akak diberikan kesihatan yg baik..aminn

Kakzakie Purvit said...Reply To This Comment

Betul masuk pasu besar nanti kalau semakin dipetik pucuknya akan cambah lagi banyak. Puaslah berulam lepas ni..

hainom OKje said...Reply To This Comment

Rajinnnya menyemai LM...Mak hari tu jiran ada bagi semaian belalai gajah dlm pasu kecik. Sudahnya....dah layu,dasar pemalas betul ek....

Moga ayahanda cepat sembuh ye LM...

Mummydearie said...Reply To This Comment

Rajinnya anak ayah ni. Semoga tumbuh subur pokok-pokok ulam raja ni dah dapat bawa balik ke kampung nanti, LM.

Berkaitan dengan operation lepas tu, maknanya tak kesemua tumor tu dapat dibuanglah ya? Kena jalani pembedahan lagi ke ayah LM ni nanti?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...