Thursday, April 14, 2016

Aiskrim Malaysia

Assalamualaikum

Baby ariz tak sihat.. LM pun tak sihat asik pitam je sejak bangun buat sarapan anak2.. Maka slow la sikit aktiviti hari ni. 

Sempat buat aiskrim milo pagi tadi subuh2 hari.. Lepas tu tengah hari tadi tambah pula aiskrim epal.


Buat masa ni LM jual aiskrim ni je la.. Pelanggan cilik dah request lama dah nak choki2.. Nanti lah ye adik2.. Makcik eskrim tak sihat ni. 

Paling hujung tu aiskrim oren, anggur, milo, bandung, epal dan last tu jagung. InsyaAllah akan cuba tambah pelbagai jenis lagi.. Nak jual yang canggih sangat tak tau nak letak harga berapa sebab yang beli tu anak2 sekolah..  LM jual ni 40 sen. Biasa sini dorang jual 50 sen.. Takpelah..janji ank2 ni hepi.. Kat kampung2 boleh la kot jual 20-30sen. Sini barang smua mahal.. Tak berbaloi pula nak jual 30 sen. Karang tak cerita ada pula yg komen mahal. Padahal aiskrim asam boi pun dah singgit tau sebatang skrg ni! Haritu kawan  cerita.

Sila ambik tau ye.. Huhu.. Harga gula pun dah berapa.asam boi pun rm2 sikit sangat. Dulu  LM buat juga asam boi..tapi buat makan sendiri boleh la..nak murah buat sendiri.. Ye tak? Tapi kalau tak kena cara aiskrim tu akan jadi macam rasa air yg dibekukan. Kasar texture dia. Takpelah.. Mesti semua dah arif tentang tips nak dapatkan aiskrim malaysia yg halus gebu.

LM nak sambung lipat kain.. Tata..


www.tips-fb.com

2 comments:

Mummydearie said...Reply To This Comment

Laaa.. sejak bila makcik dah jadi makcik eskrim ni? Tak tahu cerita pun ...

Murahlah LM jual 40 sen. Yalah, yang beli budak sekolah tapi yang beri duit kat budak-budak sekolah tu makpak budak-budakkan. 50 sen pun tak boleh ke jual? Saya pernah baca juga sebatang aiskrim Malaysia ni RM1. Mula nak kata mahal tapi zaman sekarang ni apa yang tak mahal, cuba cerita sikit!

LM, pitam tu penyedap ayat ke atau memang betul-betul pitam? Kalau betullah, bukan saya seorang ajelah yang lately ni asyik rasa nak pitam ya!

Diana Rashid said...Reply To This Comment

memang barang mahal la sekarang..gula, milo, susu, macam2 la..nak buat aiskrim bukan murah..harga 20sen dah tak boleh la..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...