Thursday, April 14, 2016

Allah Ada

Assalamualaikum...

Hari ni nak cerita tentang Allah, perasaan.. Harapan.. Dan kasih sayang. 

Dah berapa lama tak menaip rasa rindu nak berceloteh. Busy dengan rumah, dengan baby yang demam, dengan urusan perniagaan kecil-kecilan.. Akhirnya buah hati pink phanter ku di sini terabai. Buah hati? Haaa tak yah la nak buat muka terkejut. Header LM tu bukan gambar pink phanter ke?

Hidup ni walau sukar dan banyak dugaan tapi tak la sesukar mana nak tempuh kalau kita bergantung harap pada Allah. 

Kalau sayang sesama manusia pun sayangi kerana Allah.. Samada mereka sayang atau hargai kita atau tidak lakukan kerana Allah.. 

Jangan lah bila kecewa, rasa terluka.. Rasa dibuang kita down dan menangis tanpa henti. Kita perlu beraktiviti seperti biasa. Yang tak suka dan beralih arah biar lah.. Mungkin kita bukan yang terbaik berdamping dengannya. Doa banyak2 pada Allah agar hati tenang. Bila sedih istighfar banyak-banyak. Solat sunat banyak2. Yang ada anak jangan abaikan amanah Allah.. Jangan kerana sedih tak mampu masak untul anak. Tak mampu urus makan pakai anak. 

Yang sedang belajar jangan abaikan pelajaran. Jangan kerana manusia yang tarafnya sama seperti kita harus kita abaikan pelajaran dek kerana kecewa. 

Sedih ke, kecewa ke.. Allah tetap ada bersama kita. Tak mampu nak bendung kesedihan menangislah sepuasmya. Bagi reda .. Kemudian berdoalah sebanyak mungkin agar Allah jadikan kita kuat hadapi dugaan kecilNya. 

Apakah patut lupakan Allah hanya kerana kesedihan terhadap sesama manusia? Jangan sampai Allah murka. Apa yang pentimg Allah tak pernah tinggalkan kita. Selautan dosa kita Allah tetap sayang dan terima kita. Tapi manusia? Silap je terus lupa apa baiknya tentang kita selama ini. Itulah manusia. 

Dah dah... Mana yang down kawan tak suka,kawan musuhi, ditinggal kekasih, suami liar dan curang, adik beradik tak suka, mak mertua tak pernah nak sebulu.. Apa lagi masalah kita? Pelbagai masalah selagi bergelar manusia. Hanya Allah yang setia ada di saat kita amat memerlukan seseorang . Kadang2 bila sedih kita perlukan bahu untuk mengis bersama. Tapi tiada siapa menghulur bahu apatah lagi tisu. Makin sedih..makin sendu..wudhuk la.. Sujud dan tadah tangan berdoa kepada Allah moga tenang. 

Wallahua'lam...
www.tips-fb.com

3 comments:

Anonymous said...Reply To This Comment

Assalamualaikum. Akak memang memerlukan kata-kata perangsang seperti di atas. Memang betul, tidak berbaloi bersedih dan meratap terhadap sesama manusia. Allah itu ada. Terima kasih banyak-banyak.

LM said...Reply To This Comment

Waalaikum salam kak

Moga Allah beri keceriaan dihati akak. Kuat semangat ye kak

Mummydearie said...Reply To This Comment

Ya, memang betul tu, LM. Baik kita dalam kegembiraan mahu pun kedukaan, kesenangan mahu pun kesusahan, kenalah sentiasa ingat pada Allah. Tapi adatlah jadi manusia 'biasa-biasa' ni, time susah aje kadang-kadang ingat pada Allah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...