Tuesday, April 26, 2016

Awalnya Bangun?

Assalamualaikum

Baby ariz bila ayah dia out station memang dia payah nak tido malam. Dah tido pasti akan terjaga tengah malam duk cari ayah dia. Dua tiga kali juga dia menangis tengah malam nak ayah dia. 

Pagi ni sarapan dan bekal anak  dua orang tu cuma nasi putih dan ayam goreng tepung saja. Sambil masak nasi goreng la ayam.. Sambil tu solat kejap dan terus kejutkan anak.. Biasalah rutin..buat susu syafiq, cuci pinggan cawan semua..

Dah dua pagi ni baby ariz bangun kemain awal. Bangun pagi ummi terus la mandikan. Siap kerja! Biasanya pukul 9 pun tak celik mata lagi. Ni bila ayah dia takda pagi2 dah bangun. Amboii nak ke sekolah ke dik?

Syafiq baik je dua hari ni . Biasanya mengamuk la menangis la.. Merengek tak tentu pasal bila disuruh mandi dan bersiap ke tadika. Tapi sebab ayah dah pesan jangan buat perangai, jgn menangis dia elok je. Syukur... Kereta pun tak banyak time hantar dia. Boleh park depan pagar sekolah untuk drop kan dia. Malas la pula nak angkut baby keluar kereta pagi2 dengan muka ummi yang sememeh tu.. Haha

Orang tak cukup tido mengantuk sokmo kan?bangun awal... Tu yang time gini lepas sarapan terus je baby ariz masuk buai dan zzzzz

Ummi?
Mata panda toksah cakap la. ngantuk giler asik tersedar tengah malam anak menangis carik bapak. Huhu


www.tips-fb.com

4 comments:

Yana Libra said...Reply To This Comment

susahla husband takde kan..

Mummydearie said...Reply To This Comment

Oh, kalau suami outstation, LM tinggal anak beranak ajelah ya. Takda ahli keluarga lain buat teman. Kalau dah biasa jadi supermak, sure takda masalahkan, LM.

Saya ni tengah pelik tau. Saya sekarang cukup tidur tapi sukarnya nak bangun pagi seperti yang dimahukan. Tapi kalau tak cukup tidur, dan-dan 5 pagi ke, 5.15 pagi je dah terjaga sebelum alarm berbunyi.

cikel said...Reply To This Comment

Salam kakLM..ayah sy cerita dulu waktu arwah mak baru meninggal saya (2 tahun ketika tu) kerap menanggis sbb nk arwah mak..jd waktu tido ayah bg sy peluk kain batik arwah yg masih ada bau arwah..maybe sementara suami akak outstation ni..time tido tu akak amik kain atau baju suami akak yg masih ada bau bg kat baby supaya dia peluk cium.. Insya Allah dapat membantu..

Diana Rashid said...Reply To This Comment

bestnya la bangun pagi banyak urusan..saya pulak kalau bangun pagi lepas solat tu asyik terbaring tepi anak..kalau buat kerja lain mengamuk la dia..tarik langsir pun tak bagi sebab dia nak bergolek2 je..tu yang kadang2 saya puun terbabas sampai jam 9,10./.heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...