Tuesday, April 5, 2016

Azan Subuh

Assalamualaikum...

Dah jadi rutin setiap pagi mata akan berhubung dgn otak akan celik apabila azan berkumandang

Pagi ni dah azan baru tersedar. Kalut! Panik!! Nak masak apa untuk sarapan dan bekal anak?

Tapi panik pun tak bangun lagi. Tak melompat turun katil pun. Gerakkan suami minta dia kejut ank2. Bangun trik nafas dan kuruskan urat.. Doa apa yang patut.. Senyum dan ke tandas lakukan apa yang patut.. Cuci muka ikat rambut dulu. Takmo la kelihatan macam hantu mak limah. 

Sambil menuju ke dapur terus capai pakaian acha. Bagi dia baju.. Jenguk peti ais..nak masak apa? Huwaaa

Donut takda, nugget pun takda. Huk huk

Ting!!
Buat sandwich je la. terus ambik pan dan jerang sikit air. Campak kepingan ayam.. Terus ambik roti potong kulitnya dan sapu butter. Capai kepingan ayam dan potong2.. Kepit ngan roti, letak sos dan mayo. Siap!!

Alhamdillah Allah bantu permudahkan. Kalau takda idea roti sapu butter je la jawabnya. Anak perlu siap cepat sebab 6.30 pagi bas dah sampai. Bas ambik depan rumah. LM tak keluar sama.. Bila bas sampai baru anak2 bukak gate dan keluar. Memang begitulah rutinnya. 

Ni baby ariz dah sambung tido, ummi dapatlah sarapan dengan aman dan menyidai baju jap lagi. 
www.tips-fb.com

4 comments:

Kakzakie Purvit said...Reply To This Comment

Kalau dah jadi umi ni memang expertlah
En ayah pun dah tahu puan uminya bab sediakan makan anak-anak tak ada masalah punya sebab banyak baham makan di dapur boleh dibuat:)

Umie Adli said...Reply To This Comment

simple tapi sedap menunya...

Mummydearie said...Reply To This Comment

Kalau saya, tak sempat tu maknanya tak sempatlah ^_^ Lately asyik beli kat gerai aje, LM. Anak yang request tapi bila dia jemu, dia mintalah Mommynya buat something light untuk dimakan.

Sejak baik dari sakit ni, rasanya lama betul dapur rumah saya tak berasap tau. Baru semalam kot saya mula memasak! Hebat tak? Keh3x.

Diana Rashid said...Reply To This Comment

saya bangun lewat pagi ..mujur ayah dia nak hantar..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...