Friday, April 1, 2016

Donut Frozen-Bekal Hari Ini

Assalamualaikum...

Salam jumaat buat semua. Moga kita dan insan2 kesayangan hati sihat dan dilindungi Allah.

Pagi ni dah azan subuh baru larat nak bangun. Letih yang teramat sangat. Anak2 pun encik suami yang kejutkan . Buat masa ni(renovation sedang berjalan) acha dan anak2 bujang tido sebilik. Bilik adik ad ngan apit teruk sangat berdebunya. Nak kejut mereka tu kena sabar sikit. Kalau tak bawa kunci jenuh la mengetuk pintu minta mereka bangun buka pintu tu. huhu

Disebabkan malas nak buat sarapan, LM gorengkan donut frozen yang LM buat kelmarin . Buat minum petang dan frozenkan 1/3 daripadanya. Acha sarapan donut, abang dia makan nugget.


Simple.. Makan je la anak2. Janji air tangan ummi. Janji kenyang. Tak perlu beratur beli makanan. Jimat masa. 

Baru LM perasan. Kalau maisarah, dari reception di qatar dulu dia bawa bekal sampai lah darjah enam. Adik ad bawa bekal dari KG (4thn)sampai lah Darjah lima ni. Kalau tak duk asrama agak2 anak2 ni bawa bekal sampai abis SPM ke?

Anak2 ni dah terbiasa makan bekalan dari ummi, bila sekali dua terlajak tido takda bekal mereka macam tak tau nak beli apa kat kantin. Kesian la pulak. Dengan baju terkena sambal orang lain, tertumpah milo orang kat belakang baju.. Huhu

Nota kaki: apa menu sarapan kalian? LM kena cari menu yang berat sikit. Baby ariz menyusu entah berapa kali malam tadi. Pedih sangat perut ni. 
www.tips-fb.com

2 comments:

Yana Libra said...Reply To This Comment

waaa, donut ada coklat tu

hainom OKje said...Reply To This Comment

Ohhh nilah donut yg awak buat kat entry tadi ye LM. Mereka dpt mama rajin untunglah....jimat belanja sekolah hihi...
Pagi tadi bekfes tosey mamak dgn jiran jiran

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...