Monday, April 4, 2016

Dua Hari Lagi

Assalamualaikum

Pagi ni rasa malas sangat. Malas nak buat semua benda. Tadi dah azan subuh baru bangkit dari perbaringan. Memang tak sempat la nak goreng apa pun bila dah lambat. Tengok2 acha kata tak kemas buku lagi sebab jadual hilang. Duk capai handphone pula mencari pic yang LM send kat ibu kawan dia jadual tu.. Haritu bagi kat orang, tup tup pagi2 buta anak kita ngadu jadual hilang.. Kenalah selak balik msj lama carik gambar jadual waktu dia.

Sempat masakkan sosej dan telur hancur saja. Kepit kat roti. Tu je la untuk bekal mereka bertiga. 

Ayah balik dari hantar syafiq lelaju tahan tak bagi dia beli sarapan. Gorengkan mihun singapore kejap... Tak rendam pun. Main campak dalam kuali curah air je ikut tips yang dorang share kat group masak2.. Mujur menjadi. Biasanya memang rendam dulu dari malam..

Lelaju menyidai baju sebelum kontraktor datang. Si ayah kenalah jaga baby ariz yang ligat ke sana sini. Kontraktor janji lagi dua hari siap. Tinggal cat je.. Hari ni tukar cermin kat hall kedua. Pastu kerja mengecat. Yeay siap!

Lemas dah hadap habuk sana sini. Dah tiga empat hari ni bila tiles siap pasang kat hall memang LM dan suami mops bersih2 .. Tak yah berselipar dalam umah . Leceh tu nak masuk bilik kena bukak selipar.. Bila kontraktor balik je kami bergotong royong mengemop. Suka lah baby ariz dapat gerak sana sini tanpa sekatan. 

Kerja pasang tingkap tak la berhabuk sangat.. Dah nak siap pun. Projek tukar tiles hall utama jadik projek besar dan makan masa la pulak. Haishh sabar lah hati.. Esok dan lusa je. Mujur ada kanvas besar dapat gak sekat dan tutup dapur agar boleh memasak kejap. Kalau tak nangis la tak boleh masak. Tekak cerewet memang gitu.. Nak makan makanan dari kuali sendirik je. Sobss


www.tips-fb.com

4 comments:

Norhayati Mohd Isa said...Reply To This Comment

Alhamdulillah..
Nak hampir siap ye LM..
Memang lemas dan rimas melayan habuk debu ni..
Kesian pada sikecil tu kan..

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

waaa nanti pegi umah awak hall baru la ye..

LM said...Reply To This Comment

Hall lama. Sama je. Hall utama je tukar tiles.

LM said...Reply To This Comment

Nak kecik selagi lepas dia hepi je kak. Maknya yg pening sbb kaki dia kotor. Haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...