Monday, April 25, 2016

Isnin Oh Isnin

Assalamualaikum..

Pagi isnin yang sepi. Terasa masa terlalu lambat berdetik. Jam 4.10 pagi dah sedar... Terkebil2 atas katil. Nak bangun terasa tak larat.. Keletihan melayan ahad nan semalam masih tersisa. 

Susukan baby ariz, terus melangkah ke bilik mandi berwuduk dan siap2 solat... Terus ke bilik acha kejutkan dia dan ke bilik anak bujang kejutkan adik ad.

Sambil tu panaskan minyak, hari ni anak2 bawa bekal nugget saja... Sementara panaskan minyak tu dah dengar azan subuh. Terus masukkan nugget dalam kuali dan slowkan api. Solat kejap... 

Macam biasa, air milo saja untuk sarapan anak berdua tu. nugget panas tu LM potong 3 bahagian. Mudah mereka nak makan tak la panas sangat. Isi air dalam tupperware acha. Ambikkan duit belanja dorang.. Masukkan bekal nugget dalam tupperware. Errr baby ariz dah bangun? Telan air liur je mampu tengok dia melentok atas bahu abang dia. 

Capai baby ariz terus suakan nugget. Tengok mood dia okey terus capai botol susu buatkan syafiq susu. Syafiq masih membotol. Sehari dua kali jugak la.. Dia ni tak berapa makan sangat. Tengok badan kering pun tau tak pemakan. Kalau stop kan susu sian la pulak. Makanya memang dari dulu LM bagi susu seawal subuh.. Supaya dia tak la terkencing kat sekolah. Kencing sekali je masa rehat nanti. 

Bila anak yang dua tu dah naik bas jam6.30 pagi rasa dah lepas satu beban. Terus putar baju dalam mesin, mandikan baby ariz yang kebetulan dah 'membuang'.. Melayan dia je lah ni sementara nak siapkan syafiq nak ke tadika jap lagi. Sambil makan roti duk sengeh2 tayang gigi dia tu. manakala syafiq masih diulit mimpi.. Syok sangat tido.. Makin lena bila perut dah diisi 5 oz susu tadi... Hehehe. Now!! Perut ummi lapar. Sobss

www.tips-fb.com

6 comments:

Acik Erna said...Reply To This Comment

acik pernah lalui dulu LM..kesibukan pagi2..sekarang ni pagi2 untuk diri sendiri je LM..tinggal berdua ngan suami..pagi pi padang..dia main tenis acik jalan2 keliling padang..

Yaya Azura said...Reply To This Comment

awal LM terjaga..
baby ariz pun..nk ikut abang & kakak pergi sekolah ke?

Yana Libra said...Reply To This Comment

pagi2 dah bz ye :)

Malinda said...Reply To This Comment

gitu la rutin mak2 pepagi time anak2 ke sekolah...bior je dik Syafiq tu menyusu...takde salahye pon tengok anak2 orang puteh tu sampai ke beso masih minum susu lagi... :)

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

awalnya LM bangun..wahh...solute...rin bangun kul 5 je..itupun xd la masak ke apa...huwaaaa

Mummydearie said...Reply To This Comment

Awal jugalah LM bangun ya. Saya biasanya pukul 5 tak pun 5.30 pagi. Dua kali kunci jam. Kalau tak kena memasak bekalan anak-anak, saya lewat sikitlah. Tapi pagi tadi lagi terlewat. 6.15 pagi baru terjaga kali kedua. Padan muka saya, bergelut pagi-pagi buta!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...