Friday, April 29, 2016

Khamis Yang Padat.

Assalamualaikum..

Khamis.. Hari yang anak2 duk tunggu-tunggu sebab ayah dorang balik semalam. Lepas habis training baru terbang balik ke sini. 

Maka, bermula la aktiviti kalut kelm kabut semu tu. sebelum maghrib membungkus dua tiga jug aiskrim malaysia. Kebetulan banyak perisa dah habis. Sambil tu bebel suruh adik ad makan sebab dia nak tuisyen jam lapan malam. 

Belum habis kemas sinki baby dah bangun.. Terpaksalah acha layan baby. Dah lewat.. Kena mandikan baby dulu sebelum hantar adik ad tuisyen. 

Lepastu balik kemas apa yang patut. Bukak group kelas acha katanya cikgu suruh bawa kertas warna. Minggu lepas nak kertas A4 warna minggu ni nak yang bergulung tu pulak. Sampai tiga warna.. Berkejar pula ke kedai lepas adik ad balik tuisyen pukul 10 lebih tu

Flight hubby pukul 8 lebih dari miri. Nak terus ambik dia takut dia tak landing lagi. Nak ambik bag semua kan lambat. Maka balik la ke rumah dulu.. Dia dah mesej baru gerak ke putrajaya sentral. Sebab 10 minit je dari rumah dan 10minit juga dari airport ke putrajaya sentral naik train.. Jimat masa. 

Nak keluar rumah baby 'membuang' pula. Kena bersihkan dulu.. Duk angkut anak dalam kereta kunci rumah semua..11.02 baru gerak dari rumah. Mata den dah ngantuk. Dah la rabun!

First time pandu kereta ke putrajaya sentral ...main redah je la. mujur adik ad ada..mata ummi pun bukan clear sangat. 

Sampai je memang ayah dia dah terpacak situ. Terus je lah balik.. Sampai rumah sempat lagi anak2 ni makan coklat la kacang la yang ayah dia bawa balik.. Mata ummi dah berat!! Paksa dorang tido baru berdedai masuk bilik. 

Rupanya sneakers yang dorang dah bukak tu syafiq letak je kat sofa. Apa lagi.. Tengok2 dah dicapai baby ariz. korek2 mulut dia penuh dengan kacang. Sobsss mujur dia tak tercekik. Makan coklat kau ye dik? Aduhaiii

Masuk bilik tengok cadar bertepek coklat. Aduhh dia bawa atas katil rupanya.malas nak urus dah..ambik je tisu basah lap sampai bersih dan zzzzzz. Letih sangat!
www.tips-fb.com

2 comments:

Yana Libra said...Reply To This Comment

huii...mcm2 hal ye..

Mummydearie said...Reply To This Comment

Padat pun takpa sebabnya buah hati dah balikkan, LM ^_^

Nasib baiklah dapat juga tidur, LM. Ni mesti dah tak tahan sangat mata tu sampai coklat comot merata pun biarkan ajelah. Nak buat macamana. Tunggulah sampai ummi segar bugar semula!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...