Tuesday, April 5, 2016

Oh Baby Ariz!

Assalamualaikum.

Pagi ni lepas abang apit ke tadika baby tido semula. Eh, baby ikut ayah antar abang .. Lepas tu ayah tinggalkan baby kat umah sebab nak ke pasar beli lauk. Maka menangislah baby ariz merajuk sebab kena tinggal.

Bila merajuk ummi tidokan terus. Dapatlah makan kejap dengan aman. Sarapan nasik lemak sambal ayam. Nyumss sedap. Walau nasiknya tak lemak tapi sambal ayam dia sedap. Jarang sangat jumpa yang jual sedap. 

Tak sempat menyidai baju baby ariz dah bangun. Bertabah la si ayah jaga anak sementara ummi menyidai baju. Anak asik terlepas je pijak rumput sana sini. Haha

Lepas mandi tengok dia takda bagi signal nak tido pun. Nekad je lah LM angkut dia ke dapur. Cuci ikan tenggiri danikan merah yang ayah beli. Rebus daging juga agar mudah nak masak nanti. Ops aku takda noxxa. Kena rebus daging dulu mudah nanti nak masak. 

Bila memasak sambil ditemani baby ariz amatlah mencabar. Dia busy nak bantu kontraktor sapu simen kat celah tiles tu. habis dia usik baldi simen tu. dah la dia minat kat span dan segala alat orang tu. kejap2 dia gi sana bawa lari barang2 orang tu. 

Kejap lagi dia duk mendongak tengok yang lain pula buat kerja. Sibuk cakap bahasa jerman dia tu "boleh saya tolong?" Agaknya lah kot? 

Nampak sangat dia bahagia lepas bebas mengacau orang buat kerja. Pagi tadi lum mengecat lagi. Ni dah petang tak tau la.. Tak keluar bilik mana nak tau kan? 

Alhamdulillah dah siap masak. Buat kari daging je hari ni. Campur kentang. Ops lupa nak campur tomato sebiji. Gara2 masak berebut dengan si kecik ni la padahnya.ada je bahan yang lupa nak masuk.. Huhu
www.tips-fb.com

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...