Friday, April 1, 2016

Rompakan Bersenjata Dan Kisah Bunyi Ribut

Assalamualaikum..

Petang semalam bila suami balik kerja laju2 LM cerita pasal kisah ribut yang kononnya awal pagi semalam hujan lebat. Kalut suruh acha pakai kasut lain sebab kasut yang dia guna tu dia letak kat pintu belakang(masuk ikut dapur). Sebab pagi tu LM dengar bunyik beberapa kali barang luar rumah jatuh. Yakin sangat kononnya ribut sebab nak hujan. 

Bila adik ad suruh pakai juga kasut kat belakang tu LM mula marah. Tetap nak kata basah!! Kasut tu basah!! Walau si anak kata tak basah ummi tetap kata basah. 

Ops diana rashid tanya. Betul ke? LM bukan ngigau ke? 

Tak.. Memang tak ngigau. Sebab pukul 3 lebih LM sedar. Selak langsir jenguk ke gate. Kat luar gate tu kami parking myvi. Tengok belakang myvi ada motor kapcai warna biru. Motor lama.. Tak pasti honda ke apa ke..(LM bukan kenal motor pun). 

Bila nampak tu dalam mamai mamai terus tido balik. Duk fikir biar la..motor pak guard kot? Lama lepas tu tersedar balik. Erkk nape pulak pak guard nak parking motor situ? Selak balik langsir.. Tengok dah takda motor tu. 

Pukul 4:44 pagi.. Dengar bunyik benda jatuh beberapa kali kat luar rumah. Selak lagi langsir.. Terus kata dalam hati.. Wahhh kuatnya angin. Ribut nak hujan la ni! Lama juga mata terkebil2...  Tu yang bila pagi duk canang satu rumah kata kat luar hujan. 

Bila pagi tu lepas syafiq ke sekolah LM jenguk kebun mini. Mak aihh pokok pudina kering kontang. Semalam lupa nak siram.. Pokok lain pun kering tak bermaya. Uik tak hujan ke? Takda tanda yang hujan turun. Sikit pun tak basah. Dah tu bunyik apa?

Bila suami cerita malam kejadian tu ada rompakan di my mydin dan lepas tu rompakan di petron pula, terus menggigil badan ni. Mereka bersenjata kan pisau. Pekerja petron tu cerita kat suami, perompak tu melayu dua orang. Masa tu masih ada pelanggan lagi dalam petron. Bahayanya...

Terfikir sejenak. Adakah ada yang cuma nak ceroboh masuk rumah kami? Rumah sedang renovate,kot la ada tingkap lum pasang ke..pintu tak sempat pasang ke..boleh la ambik peluang. Ye tak?

Mujur Allah lindungi kami. Memang pintu aau tingkap kontraktor tanggal kan pagi. Terus pasang batu petang tu pasang yang baru. Tak pula biar terdedah berlubang. 

Allahu...ngeri! Trauma rumah kena rompak dulu tak hilang lagi. Jangaah Allah uji kami lagi dgn perkara sebegini. 

Lampu luar pasang satu depan dan satu belakang. Tepi rumah agak gelap. Memang kalau orang luar akan terlanggar itu ini barang kat luar rumah tu. tapi cctv boleh je nampak kat luar tu sebab infra red kan.. 

Moga Allah lindungi kita semua dari kejahatan syaitan dan manusia jahat. Amin.


www.tips-fb.com

5 comments:

Norhayati Mohd Isa said...Reply To This Comment

Allahuma..
Semoga Allah melindungi LM sekeluarga..
Takut sekarang ni LM..
Merompak ni ada dimana2 sahaja..

Rai OurKizuna said...Reply To This Comment

oh scarynya LM.. kitorg trauma masa puasa tahun lepas ada org masuk rumah.. nasib baik dia ambik barang je, tak kacau sesiapa..

Yana Libra said...Reply To This Comment

bahayanye..yela mgkn dia ingat ada lubang2 kot leh masuk..nsib bek pintu tingkap secure tak biar lubang..

ada cctv ye? cuba la tgk manatau nmpk kan

Kakzakie Purvit said...Reply To This Comment

Nasib baik tak terjadi apa-apa
Itu Allah masih beri perlindungan
Biarlah dia rompak tempat lain. Bawa senjata tu yg mengerikan.

hainom OKje said...Reply To This Comment

Jadinya....apakah bunyi benda jatuh tu LM? Adakah?...adakah....
Moga dijauhkanlah benda benda gitu. Ohhh LM pernah kena rompak yeh....Takutnyaaaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...