Monday, April 4, 2016

Tips Jangan Perut Buncit

Assalamualaikum...

Panas lit lit ni kalau minum bergelen sehari macam unta pun belum tentu hilang dahaga...

Amboii macam unta?

Jangan kurang minum air.. Musim panas wajib minum air secukup nya. 

Semalam...lalu depan mata satu status dari bidan(tukang urut yang urut LM masa lepas bersalin haritu). Dia ceritakan pengalaman tentang seorang wanita yang amat menjaga diri dalam pantang. Jaga makan,berbengkung... Jamu.. Tapi dia hairan kenapa wanita ni perutnya buncit walau badan kurus. 

Biasanya walau gemok mana pun bila seminggu berpantang tu perut akan kempis.kata kak zie(tukang urut). Ye jugak.. LM gemok sampai 73 kg dulu pun seminggu tu perut dah kempis dah lepas bersalin. Nape ye? Tertanya2 juga apa penyebab perut jadi buncit walau tubuh selim melim.. Apa yang silap?

Rupanya setelah disoal siasat.. Cara minum tu salah. Jangan minum lebih dari 1/2gelas kata kak zie. 

Maka terjawablah sudah kenapa zaman dulu orang tua2 bagi ibu berpantang minum 1/2 gelas je bila makan. Bukan tak bagi minum.. Tapi perlu minum sikit-sikit tapi kerap. 

Nak minum banyak tu boleh cuma lepas 1/2 gelas nanti lepas 10 minit lagi minum la lagi. Jangan la teguk sampai habis segelas. 

Tu kata bidan la... LM angguk2 cuba hadam dan praktikkan. Takut gak perut buncit. Walau dah setahun pas bersalin kena jaga gak.. Ye tak? 

Mitos atau benar tak tau la pulak. Tapi bila fikir balik ada logiknya. 


www.tips-fb.com

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...