Wednesday, April 27, 2016

Tokiaw Kacang Merah

Assalamualaikum...

Salam rabu...

Pagi ni agak lewat memulakan rutin harian. Selesai solat dan apa yang patut.. Orang pun azan subuh.. Err kalau dah subuh maksudnya dah lambat! Dah nak pukul 6! Ada 30 minit saja untuk buat sarapan,bekal dan kejut anak mandi bersiap! 

Maka jadilah tangan sotong. Capai sana capai sini nak cepat. Susun pakaian acha untuk dia pakai lepas mandi, mana botol air? Dompet? Duit belanja? Huhu ...mujur baby ariz tak bangun 'bantu'sama. Elok je tido

Ni bekal hari ni. Tak tau apa nama dia, kerap jumpa kat pasar malam tak tau pula namanya tokiaw di langkawi. LM suka inti kastad... 



Hari ni buat inti kacang merah . Anak lebih suka inti kacang merah berbanding inti kaya atau kelapa putih tu. kita ikut selera anak la ... Sebab mereka punya bekal kan?

Rasa dia ala2 kaya ball tu. sedap lembut. Baby ariz pun suka la ni kot?syafiq panggil dorayaki. Dia dah pesan untuk dia buat bulat. Haha suruh bentuk bulat tu tepek atas bawah tengah kepit inti.  Ummi ikut kan saja janji awak makan ye anak?

Mujur cepat proses memasaknya. Kalau la nangis la LM tepi kuali. Dah la dah lambat..ni 6.34 pagi bas dah sampai angkut anakk2... Awal..huhu

P/s: tapi betul la...kat pasar malam kuih ni memang takda tulis nama pun kan? Tgh hari ni nak buat inti kastad la..
www.tips-fb.com

4 comments:

Rai OurKizuna said...Reply To This Comment

ooo tokiaw namanya.. mmg lembut kuih ni.. tapi kalau inti manis sangat saya tak berapa suka..

umi adam faris said...Reply To This Comment

wahh kueh tu kat pasar malam comei2 jer sebab kecik kan. sedap tu.

Malinda said...Reply To This Comment

nampak gebu sangat dik...mesti lembut je tu kan...resepi plis...kikiki

Mummydearie said...Reply To This Comment

First time saya dengar namanya, LM. Pelik pulak bunyinya. Kalau tunjuk gambar aje, saya mati-matilah ingatkan apam balik. Hahaha!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...