Tuesday, May 10, 2016

Kisah Bibik Linda-Sebenarnya kan..-

Assalamualaikum

Kisah bibik linda. Part time maid yang kerja tolong membersihkan rumah kami.. 

Sejak di qatar lagi memang dah biasa pakai part time cleaner ni. Budak security kat sana buat part time.. Bila off dorang keje la bersihkan rumah. Walau lelaki tapi kerjanya tip top. Lima bilik, tiga bilik mandi.. Rumah dua tingkat boleh siap 4 jam.. Sepah la bagaimana pun.. Bersih dikerjakannya.

Tapi,sebab lelaki.. Takdalah kerja menggosok baju LM suruh buat. Haha.. Rate sana rm100 untuk 4 jam. Ada lagi mahal .. Tu zaman lima tahin dulu la. 

Sejak balik sini..duk merantau kat selangor ni rate harga sejam rm10 tu payah la nak dapat. Masa baru pindah dulu rm12/jam.. Kadang tu dapat la yang baru belajar nak kerja membersih rumah..rm5/jam..rm7/jam..kira sedekah je la.. Apa yang boleh je la dibuatnya..

Lama2 dorang up harga ke rm15/jam...rm50 untuk tiga jam.. Biasalah.. Kami yang memerlukan khidmat ni ikut kan saja. Janji tip top. Janji kau buat kerja macam aku buat. Janji kau tonyoh tiles kat dinding tu sama macam aku buat. Takmo nampak ada kesan kotor atau kuning tiap sambungan tiles kat bilik mandi tu.. Kalau lulus kira LM akan bagi lima bintang.. Boleh kerja lama.. Pastu kena tengok jujur tak bab duit. Memang selalu la uji.. Letak duit selit sana sini hilang ke tak..

Kebanyakan dorang ada juga yang kami bayar gaji bulan.. Tapi.. Kalau jenis ngelat ada juga yang time datang kerja tak datang. Macam bibik linda ni dia dah biasa kerja jadi maid. Full time maid sejak dulu.. Pastu kerja bersih sana sini ikut agen semua.. Dan.. Hari tu lepas dia berhenti kerja kantin dia takda arah nak kerja mana. Bila tanya berapa dia nak? Dia minta rm10/jam. Kalau pakai agen rm15-18/jam..tu pun wajib ambik dua orang kadang kala tu. rm30 sejam untuk dua orang? Tak kuasa la nak bayar.

Macam bibik linda ni pun LM ambik seminggu tiga kali je. Buat bereskan apa yang tak beres. Lepas siap buat kerja penambahbaikan rumah dia balik indon kejap.. Lepas balik ni dia ada rumah baru pula tiap isnin.. Tu yang datang bersihkan rumah kami hari selasa.makanya LM minta selasa dan khamis.. 

Erkk dulu tiga hari..skrg dua hari je?
Takpelah..janji kerja beres.. Kadang tu baby meragam tak mampu nak gosok baju sekolah yang melambak.. Baju nak keluar pun menimbun tak mampu gosok.. Abaya melimpah2 dalam bakul sampai renyuk tak sempat gosok. Allah sedihnya...

Dulu rasa takmo pakai khidmat mereka ni. Tapi takpelah.. Dia bantu kita, kita bantu mereka cari nafkah. Rm80 je pun seminggu. Bukan rm700-900 sebulan macam bagi ke bibik siti dulu.. Dah la sebumbung. Makan kena tanggung. Perangai menyakitkan hati. Allah geram rasa hati. Bila dapat harga murah.. Sedekah je lah apa pun kat dia.. Bagi buah ke, gula ke.. Atau hadiahkan tudung atau beg. Biasanya orang perempuan suka hadiah gini kan? 

Rate selangor..seri kembangan ni rm10 sejam kira murah sangat dah dengan kerja dia yang laju tu. kalau rumah tak selerak sampai luar dia cuci tau.. Laju tu.. 
www.tips-fb.com

4 comments:

Kakcik Nur said...Reply To This Comment

Mak ada ambil bibik dari Seri Serdang - RM10/jam. Tapi biasanya mak bagi lebih sikit. Memang bagus dia buat kerja mengemas dan mencuci tapi katanya dia tak pandai gosok pakaian. Bibik yang biasa mak ambil, boleh gosok baju. Sekali ambil RM80. Biasanya buat kerja antara 4 ke 5 jam...

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

rm10 sejam murah dah tu LM..
tempat sya ni xthula rate camne sbb xpnh pun panggil

Norhayati Mohd Isa said...Reply To This Comment

Akak teringin nak cari maid yg boleh datang sendiri weekend utk cuci rumah..
tapi kat area shah alam kita kena jemput dia kat umah..
tu yg malas..
Kira murah lah LM rm10/jam..
yg pasti kerja tip top..
tak buat sambil lewa jer kan..

Mummydearie said...Reply To This Comment

Baguslah kalau dapat yang buat kerja tiptop. Bayar lebih sikit pun takpa. Kiranya kalau dia bagus, kita pun malas nak berkira sangat. Tapi kalau dapat yang kita kerja lagi laju daripada dia, itu masalah juga walaupun murah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...