Tuesday, May 10, 2016

Lauk Semalam

Assalamualaikum

Lauk semalam..
LM bukanlah orang yang gemar makan lauk yang dah bermalam. Jenis cepat jemu.. Tak suka makan lauk sama berhari2.. Kecuali... Asam pedas, rendang.. Sambal bilis cili api.. Haaa yang tu takpa

Biasanya lauk yang bermalam memang terpaksalah dihabiskan. Kalau incek bos ada dia lah yang habiskan. Kalau tak.. LM lah paksa anak tekak . Sayang nak buang, membazir kan... 

Berbeza dengan asam pedas , lagi bermalam lagi mesra rasanya. Maaf la.. Johorean memang payah nak berenggang dgn asam pedas.. Hehe

Semalam buat asam pedas pari campur bendi. Ada lebih sikit lagi. Hari ni panaskan saja.. Ye lah demam.. Malas nak masak sangat. Tak larat. 

Tambah sikit sambal telur pecah. Kesukaan mereka semua...

Sayur campur apa yang ada..


Cukup lah kot... Tak larat nak masak beriya. Insan dalam rumah ni tak cerewet pun bab makan. Janji masakan ummi anak tak cerewet..

Apa menu kalian malam ni? Mesti best2 kan?
www.tips-fb.com

1 comments:

Mummydearie said...Reply To This Comment

Asam pedas lagi simpan lagi sedapkan. Masuk petisejuk lepas tu panaskan. Makin pekat kuah, makin sedap pulak rasanya!

Saya jenis yang boleh bertahan makan lauk yang sama berhari-hari. Kalau hari ni lauk ni, esok lauk ni lagi, lusa lauk ni juga saya tetap boleh telan. Tak tahulah spesies apa. Tapi anak-anak memang tak suka lauk semalam, lauk yang dipanaskan semula. Selesai masak, terus makan. Lepas tu takda repeat dah nak makan lauk sama. Sebab itu Mommy mereka ni malas banyak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...