Monday, May 16, 2016

Minta Maaf

Assalamualaikum..

Semalam macam ahad-ahad yang lepas, busy dengan urusan duniawi.. Busy mengurus anak2 kesayangan. 

Ahad memang hari outing kak maisarah. 9.30 gerak dari rumah, ambik dia kat asrama. Outing dia pukul 10 pagi, tepat jam 10 ummi ayah dah terpacak menanti kak maisarah. Angkut baju dia, stok pakaian seminggu. Segala baju harian dan jubah sekolah, jubah prep.. Angkut bawa balik nak cuci. Lepas buat keputusan kami cucikan takda dah kes uniform dia hilang. Ops hari tu ada sekali hilang dalam loker. Dia pakai mangga yang pakai code tu. orang tu pandai bukak. Hilang jubah sehelai dan tudung hitam sehelai. Tudung sekolah sehelai. Sebab hilang dalam loker berkunci... LM mengamuk la juga. Minta bantuan warden carikan. Makanya ketua dorm la terpaksa carikan.. Mudah je nak cari, selain ada sulam nama maisarah yang mereka boleh cabut, maisarah tulis pakai correction pen. Memang tak boleh padam la.. Tu pun tulis bahagian dalam tudung dan bahagian dalam bawah jubah . Memang kalau tak belek tak perasan. Tapi sebelum kena tangkap si puncuri dah campak jubah tu dalam loker kosong.. Hehehe

Melencong jauh dari tajuk dah ni... Takda dah kes baju dalam hilang ke apa.. Anak saya ni sidai luar dorm je. Lepas tu angkut bawa masuk tepi katil. Takda la kata kes dilari monyet ke atau terbang ye.. 

Biasanya lepas ambik dia terus bawa sarapan. Lepas tu ke pasar raya top up barang dia, pen ke buku ke.. Barang makanan, coklat cereal bagai.. Lepas tu balik rumah ummi masak, ayah ke kedai gi mendobi baju kakak. Stok baju seminggu memerlukan mesin yang besar. Hahaha.. Pastu gi dryer kan sekali.. 

Balik umah kakak atau ummi gosokkan stok uniform tu.. Berjemaah kerjakan stok baju agar tak hilang. Bosan dah nak dengar stokin hilang, tudung hilang.. Stok dah cukup sehari sepasang, tak yah cuci kat sana. Buat dosa ummi je marah2 kat si pencuri yg entah sape sape.. Huhu

Bila hantar balik, lepas ummi angkutkan barang dia entah berapa trip ke dorm.. Dia masuk kereta salam kat ayah ummi dan adik2. Pastu..."ayah ngan ummi.. Kalau kakak ada buat salah akk minta maaf ye?"

Allahu.. Time tu jugak mata ummi basah. Tercekik nak telan air liur. 

Minggu depan dia nak exam.. Harap segalanya mudah buat kakak.. Seminggu je lagi.. Moga mudah menghafal dan sihat tubuh badan. Amin

Minta kalian doakan kakak sihat ye. Sikit asma tu.. Batuk2 juga.. Doakan kakak lulus dgn cemerlang ye..

Anak...
Walau ada 10 anak pun tetap tak sama tiap seorang. Tetap rasa kehilangan bila seorang takda depan mata:(




www.tips-fb.com

2 comments:

Diana Rashid said...Reply To This Comment

pernah hilang baju ke?/berani ye budak2 sekarang..gigih mencuri walau dah pasang mangga kat loker.

Mummydearie said...Reply To This Comment

Dalam loker berkunci pakai kod bagai pun dia boleh rembat. Hebat juga budak-budak sekolah sekarang. Lagi hebat, budak perempuan sekaranglah, dah tentu-tentu tu asrama perempuankan!

Kalau anak tetiba minta maaf, terasa pilu pulak hati. Rasa macam kita pulak yang bersalah sebab tak jaga anak-anak dengan baik. Semoga Kak Maisarah tenang menjawab soalan-soalan exam nanti ya dan dapat keputusan yang cemerlang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...