Tuesday, June 28, 2016

Akhir-Akhir Ramadhan

Assalamualaikum

Terlalu pantas masa berlalu, kita dah berada di akhir ramadhan. Entah sempat atau tidak untuk kita tempuh ramadhan akan datang, tak tahu la kan?

Buat LM dan anak-anak, bila dah akhir -akhir ni mula lah takda selera nak bersahur. Mengadap makanan terkebil-kebil macam ostrich. 

Adlan syafiq merengek dan merusuh tak mahu makan. Teguk air pun tak mahu. Malas nak dengar dia merengek LM suruh dia sambung tidur. Tak bersahur la bujang 5 tahun tu hari ni. Entah apa alasan LM nak paksa dia makan nanti. Tak kan nak bagi dia puasa kalau tak bersahur... Kecik lagi, dengan umur lima tahun, kurus kering tu mana lah larat kalau dia berpuasa sampai ke petang. Haritu dia cuma sahur segelas nestum melepek puasa sampai petang. Kalau disuruh berbuka dia menangis takmau. Menangis bersambung- sambung sambil zikir nak puasa! Nak puasa! Haish mala nak layan. Puasa la kau  anak!

Makin hujung ramadhan makin tak nampak bayang kuih untuk berbuka. Mungkin sebab kakak maisarah takda, keterujaan membuat kuih untuk berbuka tu terus lenyap. Biasanya dia yang sangat teruja nak buat kuih setiap petang.

Kuih raya?lagi la tak nampak bayang.. Hahaha

www.tips-fb.com

2 comments:

Malinda said...Reply To This Comment

alahai sian nye Adlan...tapi bagos sungguh anak ko dik melepek camne pon tetap nak pose gak...sama la kat rumah akak ni pon...dah hujung2 ni time sahur memang kurang selera...jadi kene la masak juadah peberet kekdahnye nak mancing selera anak bujang akak tu...

Mummydearie said...Reply To This Comment

Betullah LM. Memang heret badan betul nak bersahur lately ni. Sekarang pun saya tiga beranak bangun sahur untuk minum air aje. Si bujang tersado tu lagilah tak mahu bersahur kalau boleh. Paksa juga suruh bangun minum aje.

Bagus betul si Shafiq ni. Budak sebaya dia tak sibuk berpuasa tapi dia boleh pulak sibuk nak puasa! Untung LM!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...