Wednesday, June 15, 2016

KakRos

Assalamuaikum
Puasa...

Syafiq ni(5tahun)eh belum masuk lima tahun pun sebenarnya.. Dia ni tak paham lagi pun pasal puasa. 

Hari tu(isnin), ayah dia yang hantar ke sekolah. Bila tak pesan kat cikgu kata dia ni puasa, cikgu bagi je lah dia makam time rehat.cikgu tanya sape puasa dia tak angkat tangan kot? 

Bila tanya, dia jawab
"Eh kawan apit tu puasa tapi diamalan je?"

Aduhh

So bila balik rumah, LM fikir dah makan tu batal la puasa dia. Buatkan milo ais bagi dia minum. Dia takmo minum. Erkk

"Apit kan puasa!"

Dah takmo nak kata apa..

Kebetulan, si ibu ni ABC(Allah bagi cuti) . Milo ais sejuk dalam esbok tak baik dibiar. Bail diminum je kan?

Uik..nape tak penuh mug ni? Tak la curiga.. 

Bila petang, sambil masak syafiq tanya milo ais dia. 

"Milo tadi ummi simpan tak?"

 Jawab kata dah takda. Nanti LM buat lain. Kalau simpan lama dah tak sedap takut basi. Ceh alasan ummi! 

"Ooo patut la apit rasa sikit tadi macam
Basi!"

Nak terpelanting senduk ummi. 

"Eh mana boleh rasa..kan kita puasa tak boleh makan, tak boleh minum.."

Dia jawab.."ummi tu boleh rasa! Ummi masak tu tak rasa ke?"

LM jawab"tak rasa la..kenapa?"

Dia jawab"tak rasa?kak ros tu boleh je rasa, sebab tu apit rasa sikit tadi milo tu"

Glurp .. Kak ros pulak dah..jenuh nak jelaskan kak rosa rasa dengan lidah, nak jelas kan hukum..nak jelaskan pasal tak boleh minum milo.. Hahaha

Ni lah ragam puasa anak lima tahun. Sedangkan mengasuh mereka cukup solat lima waktu pun ada angin pasang surut. Kadang tu liat juga.. Anak tadika, akalnya tak cukup lagi . Mumaiz pun belum.. Yang penting didikan, asuhan dari rumah. Walau tak wajib puasa, belum wajib solat.. Kita asuhlah sejak kecil agar mereka belajar taat pada Allah. 

Nota kaki: syafiq ni bukan puasa tiap hari pun. First day tak bangun sahur.  LM paksa dia berbuka tengah hari. Hari tu tak sahur , bangun meragam. Puasa stgh hari juga. Walau dia takmo makan LM paksa kata takut dia pengsan. Dah la kurus kering. Takut gak dia tak larat pengsan terus. Huhu


www.tips-fb.com

3 comments:

Kakzakie Purvit said...Reply To This Comment

Haha... alahai anak.. anak...
Betullah tu memang tak faham lagi
Tapi dah ada aura nak berpuasa sebab nampak ahli dlm rumah tak makan
Kak Ros upin-ipin juga yg jadi mangsa penyebab:)

hana hadi said...Reply To This Comment

Hahaha Kena xp lain betol2 tu

Mummydearie said...Reply To This Comment

Tapi bagus jugalah si Syafiq ni, LM. Ada juga harinya dia puasa penuhkan! Anak bujang kecil saya tu, memanjang tak 'kuasa' sebab dia kecil lagi. Kalau kita kata puasa, dia pun nak juga puasa janji boleh minum Milo! Kena pelan-pelanlah mengajarlah nampak gayanya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...