Tuesday, June 28, 2016

Menu Iftar

Assalamualaikum

Penghujung ramadhan ni makin buntu tak tau nak masak menu apa untuk iftar. Korang dah masak apa ye?

Jujur... LM masih berkira-kira nak buat roti jala2 masak nasi? Atau buat mihun sup saja... Huhu

Nampak tak? Blur terus. Idea dan keinginan nak makan makin merundum. Patut la berat turun banyak juga puasa kali ini. Awal puasa hari tu 54-53 kg. sekarang ni dah genap 50 kg. berita baiknya sehelai seluar yang LM simpan berkurun kejap boleh pakai kejap tak boleh pakai tu dah boleh pakai. Tapi.. Agak londeh. Lama dah simpan seluar tu..sejak 2008. Bila kurus sket blh la pakai sebab dia saiz 28 tapi jenis bukan straight cut. Kalau peha besar sesak napas la pakai.. 

Berita buruknya jeans beli awal puasa saiz 28 dua dua helai londeh tak selesa di pakai. Jeans beli seminggu sebelum puasa saiz 29 langsung tak boleh guna. Gedoboh kelengkang dia jatuh ke bawah.. 

Tak larat nak modal beli seluar baru weh..

Huhuhu
www.tips-fb.com

1 comments:

Mummydearie said...Reply To This Comment

Ni bukan kes tak larat nak beli baru tapi tak nak membazirlah tu. Orang dah jadi usahawan sekarang, takkanlah tak mampu ^_^

Saya tak timbang pun berat di bulan puasa ni. Awal puasa aje hari tu menimbang berat. Harapnya turunlah walaupun sedikit sebab sejarahnya jarang saya turun berat di bulan puasa kecuali last year (sebab mak mertua ada, makan pun beradab)!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...