Wednesday, June 15, 2016

Rasa Rugi

Assalamualaikum


Ni perasaan orang kedekut ke?

Ceritanya begini, LM ni jarang sangat beli kuih muih terutama bila ramadhan. Ye la, selalu sangat terkena tak sedap, memang serik nak beli.

Haritu, syafiq minta karipap pukul 6 petang. Sian pula dia nak buka puasa nak makan karipap. Nak buat dah tak larat, ketar sangat lutut. Maka LM pesan kat big bos suruh beli karipap yang rupanya ala-ala karipap LM buat. Melampau tak permintaan?

Dia mencari.. Sah la takda. Dapat karipap legam tapi bukan hangus. Kulit lemau liat.. Haishh. Kenapa legam?minyak kotor ke? Huhu rasa rugi beli sebab sah la tak abis walau beli tak banyak. Syafiq pun xmo makan. 

Kata ayahnya, yang satu kedai tu kariapnya putih je . Orang myanmar jual. Yang ni je la nampak ok. Ye.. Kawasan flat area bawah2 rumah  LM tu dibanjiri myanmar sebab mereka kerja di pasar borong. 

Eh berbalik pada rasa rugi, haritu hantar kakak ke asrama singgah tepi jalan belikan dia kuih. Area kampung, sah sah kuihnya sedap kot?

Tapi.. Kuih ketayapnya tak sedap. Bancuhan terlalu pekat. Liat sungguj nak gigit. Inti tawar heber guna kelapa tua kot.. Inti lama air gula dah takda. Mentap bawah agaknya. 

Kuih pulut panggang terlalu keras sebab dibakar terlalu lama sampai keraknya tebal. Mujur kuih cucur badaknya sangat sedap. 

Haritu awal puasa big bos beli kuih tako ke tpg pelita tak tau la.. Tapi cair bair cam bubur. Melimpah ruah dari acuan tu. nape cair? Terlebih santan?nak dapat banyak atau tak sempat kacau sampai likat? Allah!!memang tak rajin nak buat kuih tiap hari tapi bila beli rasa cam nak simpan dan pulang balik esoknya pada orang tu. buat dosa je asik marah kuih beli rasa dan rupa tak senonoh. 

Agar-agar santan keras berdentum, nak gigit pun tak feel. Dah tu apa je yang boleh dibeli?



www.tips-fb.com

3 comments:

Hana Hadi said...Reply To This Comment

Samalah kadang2 fikir nak beli ke X..mmg kuih semua menarik2 ja.tp tulah takut xmenepati citarasa.last2 X beli pn

Malinda said...Reply To This Comment

akak setakat ni blom lagi beli kuih muih kat bazar...hari tu pi bazar kat pontian pon langsung tak beli kuih...kiteorang terus buka nasi je...tapi kalau beli kuih yg tak kene citarasa memang hati terasa sebal...kadang2 tertanya2 jugak "diorang ni beniaga tak ikhlas ke?"

Mummydearie said...Reply To This Comment

Senang cerita, memang tak boleh belilah, LM. Lagi-lagi bulan puasa ni. Nampak aje sedap sebab nafsu kita yang tengah berpuasa tukan. Bila dah berbuka, memang failedlah rasa.

Saya belum pernah membeli. Membuat pun tak pernah. Hahaha!

Kalau saya biar bayar mahal tapi sedap. Saya tak komplen. Kalau komplen pun sekali aje sebab mahal sangat ^_^ Tapi kalau murah atau mahal sangat tapi tak sedap, berkali-kalilah saya ungkit! Sayang duit!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...