Syukur. Kita selalu duk kata kita bersyukur tapi adakah kita benar-benar bersyukur?
Bila dah sakit baru kita rasa syukur dulu kita sihat. Dah tak mampu nak makan baru syukur nikmat dulu dapat makan macam-macam..
Ada anak kata rimas, bising, gaduh... Tapi bila Allah ambil kembali anak tu bagaimana?
Segala yang kita ada adalah pinjaman. Yang ada manfaatkan sebaiknya. Tak semua yang indah kita impikan tu akan jadi indah jika ia milik kita
Syukuri nikmat lapang sebelum kita sibuk. Eh sebut bab sibuk LM teringat pula sekarang ni LM busy sikit. Err sikit ke sampai terabai blog yang tak pernah biar? Gi umrah pun update blog tau.. Sekali sehari pun share ceriita walau pendek. Gi jalan dubai ke abu dhabi ke dulu gigih menaip entry walau entri kontot. Ke mana saja pergi akan update blog walau sikit, tapi bila sedikit sibuk ni terabai pula blog..maaf la pink phanter.. Sobs
Seminggu sebelum raya free kot sebab tak pos barang dah masa tu. takat buat kuih raya dua tiga jenis je laa
Korang berbuka apa tadi?LM order nasik daging dari cyberjaya. Delivery rm2 ke opia suami boleh la kan? Alhamdulillah sedap. First time mkn nasi daging menu orang utara tu.
LM masak gulai lemak cili api campur pucuk ubi . Tu je.. Hehe

2 comments:
Orang utara?hmmm..bbuka dgn nasi pitih,ikan keli goreng cicah budu+durian.
Yalah kalau tak datang musibah, memang sukar kita nak merasa syukur. Tapi kan lebih baik kalau sentiasa bersyukur untuk apa sahaja kurniaan Allah buat kita baik kecil mahu pun besar. Barulah hidup terasa hampir sempurna.
Post a Comment