Monday, June 20, 2016

Rindu

Assalamualaikum

Rindu...satu perasaan yang indah namun menyakitkan. Best ooo rindu merindu tapi pedih hati sape yang tau.ye tak?

Kisahnya... setelah dua minggu cuti sekolah, menitis juga air Mata LM bila hantar kakak ke asrama. Isnin tu rasa kosong sangat. Masuk je bilik dia terus sebak. Nangis kat situ je..huhu

Menahan rindu...time sahur Dan berbuka ternampak-nampak si kakak sulung. Sobsss

Group WhatsApp sekolah dia ayah dia yang join. So LM tak tau apa info pun. Nak dijadikan cerita, ada nombor tak kenal call. LM sedang online guna hand phone si kakak sulung(kat asrama tak blh bw hp). Nak angkat call tu tak reti pulak  . Dua tiga Kali la sipemanggil call. Haha. Rupanya kakak sulung suruh bg tau ayah dia ..suruh ambik. Katanya Cikgu bagi balik lagi minggu lepas. Wahhhh

Rupanya si ayah memang dah sampai jenderam nak ambik dia. Solat jumaat kat sana. Dia je tak tau ayah dia dah gerak ke sana . LM ni lagi lah kemain hepi dengar anak nak balik. Teruja sampai senyum lebar...

Tapi bila malam tadi hantar semula ke asrama ummi sedih semula. Sobsss. 


Anak tu pinjam dari Allah.. bila cukup masa mereka akan berhijrah juga ke satu tempat lain tak kiralah belajar atau bernikah. Ye tak?
www.tips-fb.com

4 comments:

Yana Libra said...Reply To This Comment

sedihla plak baca..Adam dah besar nanti camne laa

Malinda said...Reply To This Comment

sekarang ni baru la akak faham sangat2 hati mak2 yg bila anak2 duk asrama...T___T syukur la anak akak duk asrama tak berapa jauh sgt...tapi tu pon kekkadang sebak gak kalau tetiba teringat kat dia...penah hari tu akak tido pakai baju anak...kikiki...rindu sangat2

Diana Rashid said...Reply To This Comment

erm...saya nanti kuat ke tidak ye..saya masih belum sedia nak lepaskan anak duduk asrama..dia pi sekolah pun saya dah tengok2 jam nak tunggu pukul 1.hehehe

Mummydearie said...Reply To This Comment

Hai, entahlah! Saya ni kuat ke tidak bila sampai masanya nanti harus berpisah dengan anak-anak kerana mereka wajib belajar berdikari. Baru membayangkan aje pun dah luruh air mata saya ni, LM!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...