Tuesday, June 28, 2016

Roti Jala

Assalamualaikum

Roti Jala?
Lama betul LM tak buat roti jala. Kalau tak silap beberapa hari lepas nampak blogger hebat, diana rashid buat roti jala. Terus teringin... 

Tup tup, teknik bayangan terlalu kuat kot? Incek suami beli roti jala di param semalam. Sebekas rm3. Boleh la.. Dia hulur, cuba rasa sedap ni katanya. LM cebis la sikit. Mak aiii keras kejung. Bukan main keras. Agaknya dia biar terdedah tak bertutup masa buat tu berjam jam kot? 

Adik ad pun tanya kenapa keras sangat? Tau dah dia pun rasa tak ngam dengan tekak. Rm 3 tu dalam 4 keping je kot? Lupa nak intai sangat semalam sebab memang sentap sebab keras kejung. 

Tapi kata incek suami kari dia sedap. Mereka sambung makan kuah kari tu dengan roti. 

Hari ni sebab dah tak tau sangat nak masak apa, gagahkan juga diri menjala walau dah pukul 6 petang. Buat dalam 1/2 kg je tapi dia tiga kali berhenti. Sebab nak pitam la, sebab susukan baby ariz la. mandikan baby la.. Haha berapa kali stop. 

Tu ada 1/2 botol lagi tu tak siap lagi. Dah gastrik sangat sakit perut memulas tak boleh berdiri terus tersadai atas katil. Mujur fresh oren dan kuah kari dah siap. Siapa lagi jadi mangsa?si ayah la kena hidangkan untuk berbuka.

Ni pertama kali gastrik sejak ramadhan kali ini. Baby ariz kerap sangat menyusu hari ni. Sejak zuhur LM dah rasa nak tumbang. Tadi pun dah rasa tak larat lelaju baring sebab takut pitam.

Menu apa korang berbuka hari ni?

www.tips-fb.com

2 comments:

Mummydearie said...Reply To This Comment

Sedapkan roti jala ni makan dengan kuah kari. Tapi setakat ni buat pun belum, beli pun tidak.

Saya pun tak tahu dah nak masak apa sekarang ni. Dah akhir-akhir Ramadhan ni, semua pun dah rasa muak nak dihidangkan tapi tetaplah juga kena masak. Bagusnya saya kali ni, tak pernah lagi beli di luar. Makan di luar pun cuma tiga kali. Kalau tidak, asyik mengejar buffet Ramadhan. Kuranglah sikit pembaziran kali ni.

Malinda said...Reply To This Comment

hakak pose kali ni lagi kemain femalas tak bole nak cakap...kuih satu jenis pon tak penah buat...hari2 masak nasi lauk je...ada salah makan kot dik pasal tu gastrik dtg...moga cepat sembuh akak faham sgt sebab hakak ko ni pon ada gastrik gak...alhamdulillah dah hampir ke pehujung pose sekali pon tak penah kene...syukur beribu2 syukur

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...