Thursday, August 25, 2016

Gulai Udang Simple

Assalamualaikum
Apa khabar ...

Fuhhhh hari yang meletihkan. Phewwww(lap peluh sat)

Alhamdulillah perjalanan hari nie berjalan lancar. Walau baby ariz.bangun awal sebelum subuh, jadual berubah,ummi masih mampu bertahan.ahaksss macam teruk beno bila anak bangun awal ye?

Macam biasa,urus baju..mengemas sepah entah makanan apa.yang berterabur sana sini.packing shawl, isi form untuk pos mika printed...berkejar ke poslaju ..mengah wehh.

Balik tu baru lah petik cili api nak.menggulai udang yang incek boss beli pagi tadi.

Opss kalau kami orang selatan, negeri sembilan ni panggil gulai tu masak lemak cili api.yang utara panggil gulai untuk masak kari ye?

LM ni kalau busy masak simple simple je la..kalau banyak masa terluang baru lah masak masakan yang perlu digoreng dan ditumis bagai.

Baby tido memang merempit masak lelaju.kalau tak..kejap dia minta jus,kejap minta biskut..kejap ramas roti berjem sapu atas rambut.sobss.

Apa menu korang harini.ceritalah sikit.

www.tips-fb.com

3 comments:

Ann Ishak said...Reply To This Comment

perh...gemuk2 udangnya, sedap ni

hainom OKje said...Reply To This Comment

Orang johor jarang guna perkataan gulai LM.... Kalau mask lemak, masak lemaklah, kalau masak kari, masak kari.... dulu dulu konpius jugaklah....
Nilah gulai lemaknya ek...huiiii mmg nampak sedap tu.
Hari ni anak nak makan KFC so tghari tak masklah...

Mummydearie said...Reply To This Comment

LM, bukan ke kalau kita kata gulai, masak pedas? Eh, entahlah lupa dah saya sebabnya sayakan dah lama 'merantau' keluar Johor. Hahaha!

Terliurlah LM saya tengok udang masak lemak cili padi ni. Tiba-tiba saya nak lemakkan ayam hari ni buat makan malam nanti!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...