Thursday, August 25, 2016

Terliur La...

Assalamualaikum.
Hai korang.Busy ke? Atau..sedang bermalas malasan dengan family?

Apa yang LM.terliur tu?
Kisah acha,si anak dada kecik sorang ni. Hari ni kan LM masak gulai lemak udang. Kemain selera dia makan. Tak fikir kena makan laju nak exam, elok je makan santai bertambah.

Balik dari sekolah agama,dia tengok ayah dia sedang makan. Ummi pun baru nak mula isi perut..

"Eh acha nak makan la jap lagi. Terliur tengok ayah makan" kata acha.

Nak tergelak dengar ayat dia. Sambil makan sibuk la.mulut dia ngomel kata sedap ummi masak.

Kelakar la pulak. Terliur ke atau berkenan kan lauk tu tak tau la.

Ni lepas let's dia makan sekali lagi. Aduh duh ...terkezut Ummi.

Kira  berbaloi la masak harini,terbukak selera anak anak.Alhamdulillah...

www.tips-fb.com

3 comments:

UMMINANI said...Reply To This Comment

mak masak, mestilah sedap.

hainom OKje said...Reply To This Comment

Dia suka sangatlah lauk tu agaknya sampai ayah dia makan pun boleh terliur....
Air tangan umikan..... mana boleh challange hihi

Mummydearie said...Reply To This Comment

Siapa tak suka mak masak? Lagi-lagi kalau lauk favorite, memang terliur memanjang, LM!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...