Friday, September 16, 2016

Coconut Shake Klebang


Assalamualaikum

Coconut shake klebang. Lama betul teringin nak rasa tapi selalu je terbatas hajat tak kesampaian.

Alhamdulillah,harini kejutan dari ayah, dari bayou lagoon terus dia bawa ke sini. Masa nampak dah sampai klebang tu hati dah berbunga mekar...

Singgah masjid dulu solat jumaat, lepas tu mulalah beratur panjang macam nak masuk USS gamaknya..

Kami carik meja dulu dan beratur beli kuih sementara ayah beratur beli coconut shake. Kuih kecik molek 40sen sebijik okey. Kalau mulut besar sekali ngap je donut tu.

7gelas untuk kami laki bini dan lima anak..ummi dua gelas,shares ngan baby ariz(ketamakan terserlah),ayah bagi can memandangkan dulu nak sangat coconut shake klebang ni

Apa yang sedap sangat?berkali kali ayah tanya hurmmmm kuih kuih biasa.je,mihun pun x sedap mana.nasik lemak biasa je..nape orang ambik dekat 10bungkus ye?

Bab menunggu lama lepas bayar tu memang tak sanggup.bab beratur dah sekian lama....ada ank kecik kurang sesuai untuk kami kot,sebab tempat tu open takda kipas atau aircond.

Kaum cina sangat ramai. Lebih separuh dari.yang datang adalah cina. Syafiq mula bising kata tak selasa bebel bebel merengek. Dia tak biasa campur kaum lain..baru lima tahun kan...

Bukti sedap ya amat, tunjuk gelas kosong adik ad.segan la nak tunjuk gelas ummi sebab belasah dua gelas.ahaa

www.tips-fb.com

2 comments:

Yana Libra said...Reply To This Comment

cocnut shake je kot yg sedap..hehe..saya org melaka pun tak sanggup nak pergi sana beratur beli!

Tak pernah lagi pergi..hehe

Mummydearie said...Reply To This Comment

Saya pun teringin nak cuba belum pernah lagi sampai sini, LM. Tapi itulah bila bab beratur panjang, ramai orang dan open air macam ni, memang malas nak fikir. Itu yang bertangguh nak pergi. Kalau pergi pun, tapau boleh ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...