Monday, September 19, 2016

Hai Isnin

Assalamualaikum

Apa khabar semua.

Bagaimana dengan permulaan hari bagi minggu ni?

LM dah mula sejak semalam, he la..hantar kakak balik asrama semalam petang. Pagi ni Alhamdulillah pukul 4 dah sedar. Lepas siap semua perkara, bangun buatkan lempeng untuk anak sarapan dan bekal..dorang cicah kari lebih semalam.

Lepas abang dan acha naik bas hujan ribut pun turun. Takut juga syafiq merengek liat nak sekolah. Syukur mood dia okey walau nampak liat sikit bangun pagi.

Terus suruh dia mandi sendiri sementara LM goreng kan nugget untuk bekal dia.

Ayah pun ke opis awal..pukul lapan lebih dah gerak.banyak kerja katanya..sebab cuti panjang.

Now..ummi busy baru lepas sidai baju,baru nak solat dhuha dan terus pos barang kot jap lagi.

Ada yang minat nak jadi dropship atau agent bawah LM jual instant shawl #Escarves?
Kalau ada yang minat boleh WhatsApp 0143684369.

Moga urusan kita semua diberkati Allah.Amin

www.tips-fb.com

3 comments:

Kakzakie Purvit said...Reply To This Comment

Dah mula musim hujan sekarang ni.
Tempat kakak sini pun gerimis juga - macam kakak yg sendu rasa nak mula kerja selepas cuti panjang.

Diana Rashid said...Reply To This Comment

sama pulak menu tu..lempeng cicah kari..kari pun yang lebih malam sebelum nya tu..ehh

Mummydearie said...Reply To This Comment

Sedapnya lempeng cicah kuah kari, LM. Kalaulah anak-anak saya tak cerewet, senangnya hidup saya. Tapi dah namanya anak, kena jugalah ikutkan apa mahunya sekali-sekala.

Lepas cuti panjang biasanya malas alahai nak kerja, bukannya makin rajin!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...