Thursday, September 15, 2016

Ikan Bakar Umbai

Assalamualaikum

Dari Bumi Johor Menuju Ke Melaka .

Menghabiskan sisa cuti sekolah. Destinasi kali ini ke Bayou Lagoon. Sebenarnya tiket ke Bayou Lagoon ni dah beli bulan tiga haritu lagi masa matta fair.

Sebab kakak kat asrama tak dapat la pergi . Ni cuti sekolah dapat la menginap kat sini.

Alang alang dah sampai melaka, memburu ikan bakar di umbai.

Tempat kegemaran LM sejak kecil..hehehe.

Pukul 5.30 petang dah gerak dari bayou lagoon. Lapar punya pasal,berendam sampai kecut jari,masuk bilik lapar ya amat.

Baby dan syafiq sikit meragam,makan lelaju terus balik. Maghrib dah sampai bayou lagoon semula. Hukum tido awal kat budak dua ketul ni.huhu

Best ke umbai ni? Meriah sama macam biasa...cuma kali ni makan di gerai depan sikit .Apa yang agak tak best ,lauk dia hantar tak serentak. Nasik sampai awal,perut dah berkeroncong, bila sotong goreng tepung sampai awal kami mula menyuap dengan harapan lauk lain akan menyusul..rupanya, lambat lagi..huhu. Dugaan orang lapar,kena sabar menanti lauk satu demi status sampai.

Pagi ni sambung mandi lagi..tengah hari baru gerak balik.


www.tips-fb.com

3 comments:

Warisan Petani said...Reply To This Comment

Selamat bercuti.

ibuayu said...Reply To This Comment

kena cuba ikan bakar kat area crystal bay...sedap and murah gak

Yana Libra said...Reply To This Comment

bestnya..sy biasa makan kat kedai ikan bakar kat muara sungat duyung..pun ramai org T_T

roti canai bakar guna arang tak try ke? hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...