Thursday, September 29, 2016

Lewat

Assalamualaikum

Morninggg.
Pagi ni LM terlewat.huhu berdebar . Dengan pakaian senam (PJ) acha belum gosok, nak hidang sarapan ..

Gara-gara lambat mula masak nasi impit dan kuah kacang malam tadi,LM keletihan tahap maksima tido nyenyak sampai ke pagi.

Sedar pukul 6.14 pagi macam nak gugur jantung. Minta suami kejutkan anak anak , memandangkan baby Ariz join sama pagi ni. Dia pun bangun menyusu takmo stop.

Pujuk baby,masukkan dalam buaian terus pecut gosok seluar dan t-shirt senam acha.

Lelaju potong nasi impit untuk bekal dan sarapan. Phewww berpeluh dingin kalau terlambat.opsss terlalu rindu paka,rindu dungun,rindu pantai..rindu orang ganu..dan akhirnya rindu sarapan di sana. pagi pagi masa duk ganu dulu,selalu Beli Nasi Impit+ Kuah Kacang.

Kalau kat johor makan lontong, kat ganu ni saja dah cukup buat perut LM hepi. Akibat rindu ganu..tu yang dekat pukul 11 baru nak masak kuah kacang tu.

Moga perjalanan kita hari ini dipermudahkan.Amin

www.tips-fb.com

1 comments:

Mummydearie said...Reply To This Comment

Biasalah tu LM kalau terlewat bangun. Kadang-kadang penatnya lain macam sampai buat kita tak sedar di pagi hari nak menjalankan rutin harian. Saya ni rajin juga terjun tiruk. Lagi haru, kena set alarm baru boleh terjaga tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...