Tuesday, September 27, 2016

Masakan Ummi

Assalamualaikum
Apa khabar sahabat hebat?
LM sihat sihat saja alhamdulillah. Harap kalian sihat dan dimurahkan rezeki. Amin..

Harini dah selasa kan?kejap je. Harini tak sempat buat sarapan. Anak anak sarapan cereal saja dan bawa roti.

Untuk ayah LM masakkan sambal.sardin dan buatkan lempeng kosong.Alhamdulillah.. sedap la kot,selera je ayah makan. Hahaha..malas nak masak sebenarnya, masak la juga. Hantuk kepala kat dinding entah kenapa malas lak.ekeke.

So lunch memang tak masak nasi,bancuh lagi tepung buat lagi lempeng. Suka anak anak makan,alhamdulillah.

Adik ad siap bawa bekal ke.sekolah agama. Adik ad ada peperiksaan UPKK harini. Doakan dia cemerlang dan dapat jawab dengan tenang ye.

Semalam dia nak bawa nasi goreng. Letak sebekas besar licin. Kawan minta katanya, share 11orang. Alololo..kalau tau letak lebih banyak.

Tadi minta bungkus lempeng, LM bekalkan lebih.mana tau anak anak orang hebat ni tak pernah makan lempeng teruja nak jamah lempeng kampung kami.ekeke.

Adik ad ni bagi je la apa saja..asal ummi masak dia selera je. Walau nasi goreng tak sedap, sedap je di tekak dia. Hebat tak ummi?mandrem apa anak makan smua sedap ni?ahaaa

Alhamdulillah...dorang ni makan simple je.sama cam ummi, Apa saja daku ngap janji makanan melayu.ehehe.

Ops baru selesai urus stok, siapa nak join jana pendapatan kepok kepok tanpa pegang modal boleh join team LM. WhatsApp 0143684369. LM jual isntant shawl brand escarves. Dah keluar akhbar metro last month tau..boleh google atau skodeng fb LM juga.Alhamdulillah ..kalau jadi agent boleh jana 4angka dengan mudah setiap bulan. Jadi dropship tanpa pegang stok pun boleh. Follow i rapat rapat, insyaAllah LM guide korang. Stokis dapat berapa sebulan? Adalah.....syukur rezeki.

Tata..hari nak hujan dah kata sini.Jon doa doa dan terus doa.

www.tips-fb.com

1 comments:

Mummydearie said...Reply To This Comment

Untunglah anak-anak makan apa sahaja yang uminya masak. Macam anak-anak saya, memang terkenallah cerewetnya. Bercakap pasal lempeng, semalam anak saya tanya sama ada Mommynya ni tau tak 'pancake' tu apa. Katanya semalam ada kawan bawa, dia tengok macam best, dia pergi minta sikit. Makan secuit aje lepas tu terus tak nak katanya.

Ingatkan dia bertanya sebab nak suruh Mommynya buat 'pancake'. Mommy kata kalau setakat nak makan lempeng, senang betul hati Mommy ni tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...