Sunday, September 11, 2016

Rendang Ayam Campur Maman

Assalamualaikum

Dah Siap Masak?

Alhamdulillah raya kali ni kat kampung halaman LM ,taman yayasan.ahaaa kampung ke?lantak la...janji ada mak ayah kampung la kan.

Semalam nampak ramai orang jual pucuk maman tepi jalan. Bila suami kata teringin nak makan rendang ayam campur jeruk maman LM suruh la dia berhenti beli.

Tadi beli ayam dah selamat LM rendangkan. Alamakkk masak dalam gelap gambar pun nampak pucat.

Harap sedap la rendang ayam campur maman LM ni, first time masak sebenarnya...hihi.

Tapi sebab dah biasa masak rendang negori berani la jugak ...cuma tambah maman je pun.

Ayam kampung takda,kita guna ayam pencen je

Kuah kacang pun dah siap,tinggal lauk lain je.lodeh esok baru masak.

www.tips-fb.com

2 comments:

Travelog Sunyi said...Reply To This Comment

all time favorite..hihi

Diana Rashid said...Reply To This Comment

ayam kampung memang best masak kering2 gini LM..pandai la awak masak ayam kampung..saya tak reti..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...