Thursday, November 17, 2016

Gastrik Ketika Hamil

Assalamualaikum

Gastrik!
Abang G ni kembar LM. G apa? GASTRIK!

Dulu zaman muda remaja anak dara pun memang alami gastrik teruk sampai pengsan, dikejarkan ke wad kecemasan...dah tua beranak pihak pun kes sama jugak..malah masa kat qatar pernah kena tahan beberapa jam di hospital gara gara gastrik semasa hamilkan syafiq

Hurmm nampak? Betapa erat dan kembarnya Abang G dengan LM? Bukan sebarang G, G mmpu buat diri ini melepek lembik, merekot menahan sakit.

Kalau yang ada gastrik pasti tau..gastrik ni menyerang bukan hanya kerana lapar atau tak makan. Terlewat makan, terlalu kenyang, makan makanan berangin, stress dan pelbagai sebab lain lagi.

Sejak hamil ni, perut sentiasa rasa tak selesa. Lepas makan pun pedih perut, berbunyik sampai orang kat sebelah boleh dengar. Macam guruh dah perut LM ni...doktor kata ada sesetengah wanita memang alami gastrik di awal kehamilan. Doktor dah bagi ubat..tapi sebab ubat tu sedap sangat, LM sayang la nak makan(alasan takmo makan ubat,wakaka)

Jangan tanya, tak makan ke? Makan laaa. Dah la mabuk , laki out station, takkan la LM tak makan. Camne nak.urus hero kat umah ni kalau tak makan. Makan ke tak tetap gastrik, maka redha je la.

Nota kaki : kalau ada yang buatkan lamb chop sedapnya la time hujan gini...dapat makan panas panas nyumssss sedapnya.

www.tips-fb.com

2 comments:

Warisan Petani said...Reply To This Comment

Kesian kalau orang ada kembar gastrik ni ye.
kena jaga pemakanan nampaknya.

najihah sahami said...Reply To This Comment

alahai..siannya kak...mish takat rasa xsedap perut masa peknen tu pn dah rasa seksa sangat dah. inikan pulak teruk smpai melepek macam ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...