Friday, November 18, 2016

Mi Sup Simple

Assalamualaikum


Dah dinner ke korang?LM memang tak sihat harini, melepek dari pagi sampai ke petang. Lunch tadi belikan anak anak.ni pizza. Kejap je selesainya. 


Bila petang tak tau nak masak apa. Dalam hujan lebat guruh berdentam dentum LM mencari ayam, roti dan mee. Maka campak campak jadila mee sup simple ni.


Tekak merengek nak meatball. Tapi jauh nun  di sana nak mencari meatball. Dah la suami takda sini. Maka, konon berangan nak buat sendiri. Tapi test letak dalam mee ni tak sedap..manis.


Brand ramly takda, beli brand ni sangatlah out rasa dia. Ke..tekak LM yang mengada2? Anak makan selera je.haha.


Memang simple, takda sayur apa pun. Anak bukan makan sayur pun. Huhu. Ayam je..dan pecah telur .


Takpelah, simple pun kenyang dah anak anak ummi. Bertabah la korang, ummi tak mabuk lama kot?ahaha.


Konon masa nak masak bersungguh pujuk hati suruh makan. Bila menumis je terus tak leh gi. Berlinang air mata nak siapkan memasak. Adoiii bau  bawang putih tu sangatlah tak boleh nak terima


Nota kaki: mabuk ke, tak larat ke..bila hamil, kena jalankan tanggung jawab tau. 

www.tips-fb.com

1 comments:

Mila@Rimbun said...Reply To This Comment

Tahniah... (apalaa kan... orang tak sihat di ucap tahniah)

Saya pun kalau awal2 mmg mabuk terus, bau nasi dimasak pun rasa macam mencucuk hidung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...