Wednesday, November 16, 2016

Minum Petang-Donut

Assalamualaikum


Ada penggemar donut?

LM ni dah seminggu ngidam donut. Nak carik mana pun tak tau sebab biasanya kalau tepi jalan tu tak lembut dan tak macam yang tekak ni inginkan. Biasanya orang pakai tepung biasa je, tekak ni nak yang pakai tepung roti. Pernah jumpa orang jual 80 sen sebijik sedap gilerr. Tapi jauh tempatnya.


Disebabkan dah tak tertahan gelodak jiwaku nak donut tu, maka LM uli la sikit. Tu pun skill dah lari. Donut ku tiada ring kat tepi..matila kalau cikgu nampak, sure kena komen mana ring?


Teknik goreng tak betul, maka abaikan saja rupanya yang tak cun janji tuannya cun.wakaka.

Perut rasa sakit sangat, lepas buat rasa nak masuk spital terus.siyes tak tahan macam nak terberanak. Rasa macam senggugut teruk. Rounding donut je pun..tu pun perut boleh sakit? 

Nota kaki: kita punya, kadang tu kita tak puas hati, orang yang takda mungkin akan anggap hak kita ni lah yang paling hebat. Begitulah kehidupan, yang indah di mata orang belum cukup indah di mata kita. Bersyukur... InsyaAllah kita akan lebih menghargai pemberian Illahi

www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...