Tuesday, November 22, 2016

Nasi Goreng Ke Mihun?

Assalamualaikum
Sihat semua?

Perut LM masih sakit , cuma tak sehebat semalam. Pagi ni incek z la yang bersilat di dapur.

LM nampak dia nak kisar cili kering dan bawang laju je mulut suruh letak udang kering. Dah ditumis baru LM perasan dia keluarkan nasi untuk digoreng. Erk??

Menurut kata betul, wakakaa..mesti dia pelik kenapa suruh letak udang kering sedangkan dia nak goreng nasi. Tak jumpa cili api tu yang dia guna cili kering.

LM pulak ingatkan suami nak masak bihun goreng. Ekeke..last last jerang air, terus rendam mihun kejap bagi lembut. Lawak la pulak..huhu.

Alhamdulillah sarapan pagi ni mihun.goreng. Dapat la makan 1/2 senduk buat alas perut. Nak suap banyak takut keluar semula pula.

Mabuk hamil ni tak boleh jangka. Kadang tu benda sedap ditekak pun boleh buat diri muntah tak henti henti

www.tips-fb.com

2 comments:

Mazni Azmi said...Reply To This Comment

Mabuk hamil ya sis. Elok ambil vitamin bcomplex untuk kurangkan loya tu. Cubalah, berkesan insyaallah.
.
Semoga sis lydiamiza sihat semasa hamil ni

Amin Hakim said...Reply To This Comment

sabarlah.. kejap je mabuk tu, selalunya trimester satu je pn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...