Monday, November 14, 2016

Pagi Isnin

Assalamualaikum..
Alhamdulillah masih hidup lagi pagi ni, syukur...

Tidur agak awal malam tadi sebab geram adik ad jaga adik ariz sampai terjatuh katil berdarah mulut dan hidung.

Dia layan adik adik melompat atas katil. Sekali berdebum si kecik tu jatuh. Dengar dengar dah nangis berjurai darah. Tak cakap apa dah, cuma kata napelah tak jaga adik betul betul. Sepatutnya tau bahaya ditegah, bukan makin dilayan.

Hati dh luka, terus hukum tido semua sebab dah nak pukul 12 malam.

Bangun sebelum subuh tengok ayah dah mesej baru sampai Assen. Minggu ni di kerja kat Assen pula...

Pagi isnin memang lemau. Tak kerja pun lemau sebab letih hantar kakak semalam ke asrama, mengadap jem dan hujan lebat sampai tak nampak jalan. Bila suami takda baru tau letih..biasa duk sebelah ku bantai tido dalam kereta.ahaha.

Balik semalam kelam kabut packing tudung, ada agent nak ambik stok. Lupa nak bungkus..huhu.

Alhamdulillah pagi ni helper baru mula kerja. Bukan la baru, dia pernah.kerja..ni lepas dia balik sini suami terjumpa kat kedai, pelawa kerja semula. Dia pun belum ada kerja lain lagi rezeki kami la.

Tapi LM pakai dia seminggu dua kali je. Sebab nak bagi gaji tetap sebulan minta kerja 5 hari seminggu macam dulu dia mula buat kira kira berapa bayaran sejam. So dia nk bayaran per/jam kita ikut kan je la.

Dah tu merengek nak kerja 5 hari seminggu? Hahaha ingat laki kita tokey emas kot? Bayar harga tetap bulanan tu sebab nak dia tau kita nak pakai dia lama, so memang tetap, bukan bila nak pakai je kita panggil. Tapi dia takmo..maka pakai dua hari suh gilap apa yang tak mampu gilap je la.

"Takpe dik..tetap lima hari pun takpa" tu ayat dia. Wakaka..gelak den dalam hati. Takpelah, kerja je lah dua hari, yang hari lain carik la kerja tempat lain. Daku pun kalau sihat takdanya nak bagi orang beratus ratus sebulan gitu je.baik gilap sendirik umah kita.

Untuk harini harap settle..LM layan mabuk je lah sementara baby tido ni. Huhu..

Nota kaki: pelik gak manusia buat kira kira..kita offer gaji kerja sehari tiga jam.smgu lima kali je..gaji  lebih mahal dari kerja kedai kedai makan/jd tukang sapu tepi jalan pun takmo?

Duit makin mengecil..tapi kalau ikut logik mustahil la nak bayar beribu sebulan kerja 3 jam je sehari. Tak dapek....

www.tips-fb.com

2 comments:

Liyana Anuar said...Reply To This Comment

skang mmg teruk dah rase...semua naik

Kira Sakura said...Reply To This Comment

laaa kerja 3 jam je sehari? adoiiiii salah buat kiraan sendiri letewww hahahahahaha. teruk ke luka tu kak? huhuhu. anak2 kan. mcm2 akal dorang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...