Saturday, November 19, 2016

Sabtu!!

Alhamdulillah masih bernafas ke hari ini.

Sihat semua? LM masih terkebil kebil atas katil layan mabuk. Opsss korang kalau maksudkan mabuk tu muntah je ke? Bila hamil selain muntah LM akan pening yang membawa ke pitam, cepat berpeluh dan tak larat.berdiri lama. Duduk atau berdiri akan terasa dunia.berputar ligat. Memang rasa nak rebah.

Kadang.orang tak faham, tengok elok je tak muntah ingat kita okey, padahal terasa umpama naik roller coster okey!

Masih tersadai diperbaringan. Jap lagi nak masakkan nasik lemak je kot untuk anak anak. Larat ke? Huhu

Tekak ngidam nak jus nenas belum buat lagi. Perut masih kosong tak.berani tempah maut.

LM bukan penggemar nenas. Orang makan tak pelawa pun takpa. Tapi bila hamil bilik nenas tu boleh habis LM makan ulang ulang ..perghh nikmat.

Harini suami sampai. Pukul 3 pagi tadi terbang dari.Amsterdam. Petang ni ambik suami...maka, kena kumpul tenaga supaya boleh drive ke sana. LM ni kadang drive pun ketar kaki. Gigil sampai jari sejuk kaku. Huhu

Moga sabtu kalian diisi dengan aktiviti bermanfaat..maassalamah, kita jumpa lagi.tata

www.tips-fb.com

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...