Sunday, November 13, 2016

Seminggu Tanpa Ayah

Assalamualaikum..

Harini genap seminggu suami out station. Baby dah tak mengamuk sangat carik ayah. Yang lain pun dah faham..

Memang tak dapat call tiap hari sebab musim sejuk ni beza waktu sini dan Amsterdam adalah 7 jam. Ayah balik kerja sampai hotel dah.tengah malam. Pukul 1-2 pagi. Kalau mata tahan kadang tu LM tunggu lah, dapat call atau borak kejap. Kadang tu tak larat nak tahan mata LM punh hanyut..haha.

Acha tak tahan rindu khamis haritu dia ada minta call ayah. Sampai pukul 12 malam je mampu dia tunggu.haha. Nak tanya pasal kelas silat katanya.

Harini kebetulan ayahnya cuti dan nak pindah ke daerah lain, dapat lah call anak anak sebelum LM hantar kakak ke asrama. Ayah baru lepas sarapan, kita dah nak maghrib kat sini..hihi.

Adik ariz paling banyak mengadap handphone. Yang lain terpaksa.mengalah. Kenapa daun warna oren? Kenapa bilik ayah ada api?(heater),keretapi.atas jalan raya? Kecoh anak anak ni bertanya. Seminggu baru..ayah balik jenuh nak jawab soalan anak anak..

Tugas ummi, hanya jadi perantara. Snap gambar adik ariz, gelagat anak anak..tu je la.

Orang yang dah biasa ayah takda depan mata relaks je, anak anak ni setahun dua tiga kali ayah out station dia punya rindu tahap amukan apa pun x tau. Ni jarang dah ariz bangun.tengah malam carik ayah. Haritu jenuh memujuk ...

www.tips-fb.com

1 comments:

Kira Sakura said...Reply To This Comment

aah betoi kak. uwais dulu masa pjj dgn abi dia relaks je lagi. sekarang kalau abi dia balik lambat adoiiiiii sampai la abi dia balik macam2 benda kita kena tlong jawab. paling seronok tanya bila abi nak balik. abi ni lambat kan ummi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...