Tuesday, January 3, 2017

Hari Pertama Persekolahan

Assalamualaikum

Alhamdulillah keempat empat anaknda kesayangan dah mulakan sesi persekolahan hari ni.

Hari pertama, segalanya lancar, walau sikit terlewat bangun tadi, mujur adik ad tak tertinggal bas sekolah.

Acha pula sekolah kebangsaan tahun ni sesi petang, so pagi dia kes sekolah agama.

Apit pula mulakan hari pertama di tadika baru.syukur takda drama ..besar dah.tahun ketiga pun tadika.tak patut kalau masih berdrama air mata.

Kakak urus diri sendiri sebab semalam dah hantar ke asrama..moga urusan kakak berjalan lancar.

Alhamdulillah..duduk berdua je dengan adik syahim.sunyi sepi rumah. Apa pun lega segala urusan anak berjalan lancar..syukur. Tak perlu ke sekolah..semua dh selesai..anak ke sekolah naik bas saja .

Bagaimana urusan kalian? Lancar?

www.tips-fb.com

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...