Tuesday, January 10, 2017

Jantina Baby?

Assalamualaikum. Selamat hari selasa.

Hari ni plan nak check up. Dah dekat seminggu lewat dari tarikh, moga harini lebih sihat dari semalam..boleh duduk lama tunggu giliran.

Kalau nak diikutkan scan kali ni.dah boleh nampak jantina baby. Sebab masa syafiq dan ariz pun dulu 15-16 minggu dah jelas jantina nya.

Uish berdebar la pulak haha..

Bila tiap kali hamil mabuk teruk, susah nak jangka jantina tau . Cuma....kalau baby girl banyak muntah tapi dunia tak tonggang terbalik tak la asik pitam kot? Masa hamilkan apit dan ariz memang asik pitam je macam hamil kali ni walau muntah tak sekerap masa acha dan kakak maisarah. Masa adik ad? Tak mabuk langsung haha. Tiada adegan muntah peluk mangkuk tandas.grrr

Apa pun jantina janji sempurna, sihat mental fizikal sudah la. Kalau boleh biarlah comey cam ummi.ahakss. Boleh gituw? Teringin la nak anak yang bila orang tengok akan sebut sebijik rupa LM ...hihihi.

www.tips-fb.com

4 comments:

Liyana Anuar said...Reply To This Comment

moga semua dipermudahkan

Mazni Azmi said...Reply To This Comment

Selalunya memang tepat ke jantina baby kalau scan ni? 😉
.
Doktor pun cakap 99.9% je.
.
Tak berani kata 100%. Betul kata sis Lydiamiza 💖
.
Asalkan sihat. Dah cukup syukur dah

Diana Rashid said...Reply To This Comment

Kan?/susah nak jangka..saya masa maisara langsung tak de sakit apa..masa mikhail memang serik nak mengandung.muntah pitam muntah pitam sampai tak bangun..nak kedapur pun mengensot je.Bila dia nakal je sekarang kan lagi serik nak mengandung lagi..hahaha

Sheherazade said...Reply To This Comment

Assalammualaikum LM syg,

Semoga LM n baby n family sihat sejahtera selalu

Amin

Take care

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...